Utusan Borneo (Sabah)

Goetze kembali beraksi selepas rehat 7 bulan

-

BERLIN: Pemenang Piala Dunia dari pasukan Jerman, Mario Goetze (gambar), bakal bermain buat pertama kali dalam tempoh tujuh bulan untuk Borussia Dortmund di Wolfsburg pada malam ini (Sabtu) untuk menamatkan kesengsara­an yang dialaminya kerana sakit.

“Mario telah mengambil bahagian sepenuhnya (dalam latihan) dan ia kelihatan bagus,” sah jurulatih baharu Dortmund, Peter Bosz, kelmarin.

Goetze kali terakhir bermain pada 29 Januari lalu sebelum diketepika­n oleh masalah metabolik, yang dikesan selepas siri permainan di bawah prestasi sebenar.

Pemain berusia 25 tahun itu, dengan kawalan dada dan rembatan voley yang menjamin kemenangan Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014, bermain dalam beberapa perlawanan pramusim Dortmund, tetapi tidak bermain dalam kekalahan kepada Bayern Munich dalam Piala Super Jerman dua minggu lalu kerana cedera belakang.

Di Wolfsburg, Dortmund akan bermain tanpa pemain yang disasari Barcelona, Ousmane Dembele, yang digantung selepas ponteng dari latihan dalam usaha untuk memaksa Borussia menjualnya.

Pemain sayap Jerman Andre Schuerrle tidak dapat bermain selama empat minggu akibat kecederaan paha, manakala Marco Reus (lutut), Raphael Guerreiro (yang belum pulih daripada pembedahan) dan Julian Weigl (yang belum pulih daripada kepatahan buku lali) turut diketepika­n.

Bosz sudah menggantik­an Thomas Tuchel sebagai ketua jurulatih Dortmund selepas dia membimbing Ajax ke perlawanan akhir Liga Europa pada Mei lalu.

Lelaki Belanda itu berkata matlamat Dortmund adalah untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas, layak secara langsung ke Liga JuaraJuara, dan sampai ke peringkat kalah mati dalam pertanding­an pada tahun ini. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia