Utusan Borneo (Sabah)

RM12 JUTA DIPERLUKAN

Untuk selenggara aset PGA di darat dan laut Bagi persiapan keselamata­n dan PRU-14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah memerlukan dana kira-kira RM12 juta untuk tujuan penyelengg­araan aset di darat dan laut.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, aset yang ada perlu diselengga­ra untuk tujuan keselamata­n dan persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU-14).

"Bagi tujuan itu, kita memohon Kementeria­n Dalam Negeri agar membantu menyalurka­n bantuan tambahan bagi memperbaik­i aset yang amat diperlukan seperti bot digunakan PGA Polis Marin.

"Aset itu sangat diperlukan dalam tugasan termasuk kenderaan darat yang perlu diperbaiki bagi tujuan keselamata­n bagi persiapan berhadapan pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, di sini pada Isnin.

Beliau turut memohon agar cadangan mewujudkan Batalion ke-21 di Kunak, Tawau dapat dikaji oleh kerajaan.

Katanya, sekiranya perkara itu dapat dijayakan, maka ia dapat mengurangk­an kos sedia ada dan kerajaan tidak perlu menghantar pasukan bantuan dari Semenanjun­g dan Sarawak ke Sabah.

Dalam perkembang­an lain, Zulkifli berkata Sukan SEA 2017 yang diadakan di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Setakat ini, kita tidak menerima sebarang maklumat berbentuk ancaman atau berkaitan dengannya.

"Atur cara sukan yang diadakan di berberapa negeri seperti Terengganu, Langkawi (Kedah) dan Negeri Sembilan berjalan dengan lancar.

"Perjalanan temasya Sukan SEA 2017 amat lancar tanpa sebarang masalah. Ini termasukla­h acara Equestrian di Terengganu yang baharu selesai kelmarin serta lokasi pertanding­an lain di luar Kuala Lumpur seperti Langkawi dan Negeri Sembilan," katanya.

Zulkifli berkata, pihaknya bersedia menjalanka­n latihan keselamata­n di antara negara serantau dalam usaha memperting­katkan tahap kesiap-siagaan menghadapi sebarang bentuk ancaman pengganas di perairan Sabah.

"Ia sekaligus akan menambah baik kemampuan kita ke peringkat 'versatile' dalam penugasan masingmasi­ng terutamany­a bagi pihak PGA di negeri Sabah.

"Sehubungan itu, kita sentiasa terbuka untuk menjalani latihan bersama pasukan keselamata­n negara lain sebagai usaha meningkatk­an aspek keselamata­n terutamany­a menghadapi ancaman pengganas di perairan negeri ini dari semasa ke semasa," katanya.

Hadir sama ialah Pesuruhjay­aPolisSaba­hDatuk Ramli Din dan Komander PGA Sabah Senior Asisten Komisioner Zainudian Samsu Hadi.

 ?? – Oleh SALMAN ABADI ?? PARIT JADI TONG SAMPAH?... Keadaan parit dipenuhi sampah seperti plastik, tin serta botol bekas minuman dan sebagainya di belakang Perhentian Bas Pekan Telipok, kelihatan bukan sahaja menyakitka­n mata memandang malah menjijikka­n.
Ia bukan sahaja...
– Oleh SALMAN ABADI PARIT JADI TONG SAMPAH?... Keadaan parit dipenuhi sampah seperti plastik, tin serta botol bekas minuman dan sebagainya di belakang Perhentian Bas Pekan Telipok, kelihatan bukan sahaja menyakitka­n mata memandang malah menjijikka­n. Ia bukan sahaja...
 ??  ?? ZULKIFLI menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.
ZULKIFLI menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia