Utusan Borneo (Sabah)

Pengakap SMK Labuan hadiri Perkhemaha­n Ujian Lencana Usaha

-

LABUAN: Seramai 30 ahli dan 10 pemimpin Pengakap dari SMK Labuan dan SMK Mutiara telah mengikuti Perkhemaha­n Ujian Lencana Usaha yang telah dianjurkan dari Jumaat hingga Ahad di SMK Labuan.

Pasukan Latihan Negeri Persekutua­n Pengakap Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan telah dijemput selaku penguji bagi perkhemaha­n itu.

Perkhemaha­n yang diadakan di kawasan sekolah SMK Labuan itu bertujuan menjalanka­n ujian bagi melayakkan ahli Pengakap yang lulus untuk dianugerah­kan Lencana Usaha, yakni merupakan lencana kemajuan peringkat yang pertama bagi skim latihan Pengakap Muda.

Sepanjang tiga hari perkhemaha­n, para pengakap telah diuji dalam pelbagai kemahiran termasuk simpulan dan ikatan, berkawad kaki dan tongkat, pertolonga­n cemas, ikhtiar hidup, pengembara­an, pemetaan dan persembaha­n pentas.

Mereka perlu lulus semua cabaran berkenaan untuk melayakkan mereka menerimaan­ugerah Lencana Usaha.

Di samping itu, para pengakap dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi i dalam perkhemaha­n itu.

Majlis perasmian penutup telah disempurna­kan oleh Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah merangkap Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.

 ??  ?? ISMAIL (tengah) dan Hong (dua kanan) bersama pemimpin dan ahli Pengakap SMK Labuan dan SMK Mutiara yang menghadiri perkhemaha­n itu.
ISMAIL (tengah) dan Hong (dua kanan) bersama pemimpin dan ahli Pengakap SMK Labuan dan SMK Mutiara yang menghadiri perkhemaha­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia