Utusan Borneo (Sabah)

mmCineplex­es buka pawagam pertama di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Pemaju ITCC Penampang, Sabanilam Enterprise Sdn Bhd dan mm2 Screen Management Sdn Bhd, pemilik mmCineplex­es, menandatan­gani memorandum persefaham­an pada Isnin untuk membuka mmCineplex­es pertama di Sabah, bertempat di ITCC Penampang.

mm2 Screen Management diwakili oleh Pengarah Pemasaran Pembanguna­n Jason Teo manakala Sabanilam Enterprise diwakili Pengurus Besar Kumpulan Ceasar Mandela Malakun.

mmCineplex­es di ITCC Shopping Mall adalah yang pertama menceburi pasaran di Sabah, menyediaka­n lapan dewan pawagam dengan menayangka­n filem antarabang­sa dan Asia.

“Ini adalah pengembang­an pawagam mmCineplex­es pertama kami di Sabah dan telah memilih ITCC kerana mendapati ia adalah lokasi yang amat strategik.

“Kami akan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan kami nanti,” katanya dan menambah, mmCineplex­es dijangka dibuka sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Ceasar berkata pemilik dan pengurusan ITCC Shopping Mall sangat gembira dan teruja dalam MoU dengan miniCinepl­exes berkenaan.

“Adalah sangat menarik untuk menceburka­n diri dalam syarikat bertenaga seperti mm2 Screen Management Sdn Bhd.

“Kami suka falsafah mereka untuk menyediaka­n yang terbaik untuk pelanggan dan pendekatan mereka yang bertenaga dan bersemanga­t untuk perniagaan pawagam.

“Kami juga berbangga dengan fakta bahawa ITCC Shopping Mall adalah lokasi pertama di Sabah untuk membawa jenama mmCineplex­es,” katanya.

ITCC Shopping Mall atau pusat beli-belah ITCC baharu sahaja menerima sijil pendudukan dan dijadualka­n untuk mengadakan majlis pembukaan pada 25 Ogos.

Menyediaka­n sebuah pusat beli-belah mesra keluarga ke dalam kawasan jiran terdekat di KK, ITCC Shopping Mall bersedia untuk menjadi mercu tanda baharu di Penampang dengan mempunyai Bataras H y per ma r ke t, pusat hiburan kanak-kanak berskala besar, Pusat Kraftangan dan Kebudayaan Borneo Utara, IT dan stor peralatan, dan kini mmCineplex­es.

Matlamat ITCC Shopping Mall adalah membawa setiap kemudahan membelibel­ah dan keselesaan sebaik melangkah masuk ke dalam pasaran besar Penampang.

Turut hadir, Pengarah Urusan Sabanilam Enterprise Datin Seri Sylvia Wong Malakun dan Pengarah Syarikat Alexander Hugo Malakun.

 ??  ?? CEASAR (dua dari kiri) bertukar dokumen yang telah ditandatan­gani dengan Jason (dua dari kanan), sambil diperhatik­an oleh Sylvia (tengah) dan Hugo (kanan).
CEASAR (dua dari kiri) bertukar dokumen yang telah ditandatan­gani dengan Jason (dua dari kanan), sambil diperhatik­an oleh Sylvia (tengah) dan Hugo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia