Utusan Borneo (Sabah)

Rogol anak tiri: Lelaki dipenjara 33 tahun, 14 sebatan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 37 tahun dikenakan penjara 15 tahun dan lapan sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merogol anak kandungnya.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 37 tahun, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Tertuduh merogol mangsa yang hanya berusia 12 tahun pada waktu kejadian, pada 28 Ogos 2013 jam 12 tengah malam, di sebuah rumah kampung, di daerah Kota Belud.

Hukuman yang diperuntuk­kan sekiranya disabitkan bersalah, penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebatan.

Sepenjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan kes terhadap tertuduh.

Setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh, tertuduh yang tidak diwakili peguam memilih berdiam diri ketika kes di peringkat pembelaan.

Semasa rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Akmal Zatul Mohamed Nawi meminta hukuman berat dan memohon mahkamah mengambil kira kekerapan kes berkenaan.

Tambahnya, jenayah yang dilakukan tertuduh amat dikutuk masyarakat dan institusi kehakiman berperanan melindungi kepentinga­n awam.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia