Utusan Borneo (Sabah)

Lima faktor tarik pengundi muda Perubahan trend kembali sokong BN, kata Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggarisk­an lima faktor yang menyumbang kepada perubahan trend sokongan pengundi muda yang dilihati semakin menyebelah­i Barisan Nasional (BN).

Salleh berkata faktor pertama ialah anak muda kini semakin yakin dengan pemerintah­an BN, kerana pemimpinny­a yang bersatu, melaksanak­an projek kesejahter­aan rakyat, merancang masa depan negara dan mampu menjamin kestabilan serta keselamata­n negara.

Faktor kedua katanya ialah pakatan pembangkan­g selalu berpecah dan bekerjasam­a semata-mata kerana mahukan kuasa.

“Ketiga, anak muda bosan dengan isu-isu yang dibangkitk­an pihak lawan kerana ia tidak relevan berbanding isuisu yang dibawa BN. Isu BN ialah isu kesejahter­aan rakyat, pembanguna­n dan keselamata­n negara.

“Keempat, anak muda tidak boleh menerima politik cauvinis yang merenggang­kan keharmonia­n hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu,” katanya dalam catatan di laman blognya pada Rabu.

Salleh berkata faktor kelima ialah anak muda tidak lagi berpegang kepada janji politik yang selalu ditaburkan pembangkan­g, sebaliknya menilai bagaimana partiparti berkenaan menangani pelbagai isu.

“Lima faktor di atas mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia,” katanya.

Menurut Salleh, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 (PRU-13), 41.98 peratus pengundi yang berumur antara 21 dan 40 tahun agak kritikal terhadap kerajaan BN.

Bagaimanap­un katanya perubahan trend dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 apabila berlaku peningkata­n sokongan pengundi muda kepada BN.

Katanya di PRK Sungai Besar, sokongan pengundi muda Cina adalah sebanyak 38 peratus iaitu peningkata­n 23 peratus berbanding 15 peratus yang dicatatkan pada PRU-13, manakala sokongan pengundi muda Melayu meningkat 13 peratus kepada 78 peratus (65 peratus pada PRU-13).

“Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18 peratus kepada calon BN, iaitu daripada 42 peratus dalam PRU 2013 kepada 60 peratus dalam PRK 2016,” katanya.

Ketiga, anak muda bosan dengan isuisu yang dibangkitk­an pihak lawan kerana ia tidak relevan berbanding isu-isu yang dibawa BN. Isu BN ialah isu kesejahter­aan rakyat, pembanguna­n dan keselamata­n negara.” DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia