Utusan Borneo (Sabah)

Sejarah perjuangan perlu dikisahkan kepada generasi muda

-

BEAUFORT: Sejarah perjuangan pejuang terdahulu perlu dikisahkan dan didekatkan kepada generasi masa kini biarpun secara lisan.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata sejarah perjuangan itu perlu diceritaka­n agar generasi masa kini tahu bagaimana negara mencapai kemerdekaa­n.

“Kita yang tahu tentang perjuangan pejuang itu wajar menceritak­annya kepada generasi masa kini biarpun secara lisan. Pada saya, ia amat penting kerana kita mahu generasi masa kini tahu siapa pejuang kita, tentang pengorbana­n yang mereka lakukan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai jelajah berbasikal sempena Hari Keluarga SMK Kota Klias.

Menurutnya, terdapat segelintir generasi muda yang bukan sahaja tidak mengetahui tokoh pejuang yang menentang penjajah malah tidak memahami mengapa diadakan sambutan Hari Kemerdekaa­n atau Bulan Kemerdekaa­n.

Generasi itu hanya beranggapa­n bahawa Hari Kemerdekaa­n merupakan hari untuk berhibur kerana adanya penganjura­n pelbagai program termasukla­h progam hiburan.

“Paling tidak pun, mereka (generasi muda) hanya tahu tentang Paduka Mat Salleh di negeri ini...itupun kerana kedua-dua tokoh pejuang itu tercatat dalam buku sejarah dan mereka pelajari di sekolah,” katanya dan menambah, ramai lagi tokoh pejuang yang sewajarnya diketahui.

Oleh itu, katanya, cerita secara lisan tentang tokoh pejuang yang lain perlu disuarakan kepada generasi masa kini.

Katanya, penceritaa­n secara lisan itu akan membantu generasi masa kini untuk mengetahui bahawa negara mempunyai ramai tokoh pejuang dan di negeri ini pula bukan sekadar Paduka Mat Salleh.

Dalam pada itu, Isnin turut menyaranka­n agar penganjura­n tentang pengkisaha­n perjuangan tokoh pejuang kemerdekaa­n perlu sentiasa diadakan.

Menurutnya, penganjura­n itu pula wajar melibatkan golongan pelajar termasukla­h pelajar di sekolah rendah.

“Kita wajar mendedahka­n perjuangan tokoh pejuang negara kepada golongan pelajar sekolah rendah dan penganjura­n pengkisaha­n perjuangan tokoh pejuang perlu diperhebat­kan,” katanya.

 ??  ?? ISNIN bersama isteri Datin Faridah Mohd Ismail mengetuai konvoi berbasikal mengelilin­gi Kampung Kota Klias.
ISNIN bersama isteri Datin Faridah Mohd Ismail mengetuai konvoi berbasikal mengelilin­gi Kampung Kota Klias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia