Koleksi peribadi Hassan Sani, James Wong disimpan dalam Arkib Negeri
KOTA KINABALU: Bagi memastikan jasa dan sumbangan individu yang pernah mengharumkan nama Sabah tidak dilupakan begitu sahaja, usaha diambil bagi menyimpan koleksi peribadi mereka di Jabatan Arkib Negeri.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata langkah yang diambil Jawatankuasa Penganjur Pameran ‘Negaraku Malaysia, Sabah Tanah Airku’ itu amat tepat kerana sudah tiba masanya jasa dan sumbangan individu yang berbakti untuk negeri diberi penghargaan dan pengiktirafan.
“Dalam majlis tadi, lagenda bola sepak Sabah Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani serta dua lagi individu berjasa kepada Sabah menyerahkan koleksi peribadi mereka kepada Jabatan Arkib untuk disimpan dan dipamerkan di Arkib Negeri.
“Usaha itu dilakukan bagi memastikan koleksi peribadi mereka ini tersimpan dengan baik untuk dijadikan rujukan bagi generasi akan datang.
“Jawatankuasa penganjur hanya memanggil mereka yang terpilih sahaja bagi menyerahkan koleksi peribadi mereka sempena pameran ini,” katanya selepas melancarkan Pameran Negaraku Malaysia, Sabah Tanah Airku sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di kompleks beli-belah Suria Sabah, di sini pada Khamis.
Menurutnya, pameran sebegitu perlu diadakan bagi memberitahu masyarakat terutama generasi muda mengenai sejarah dan perkembangan pembangunan yang dilaksana di negeri ini.
Mengenai persiapan sambutan Hari Kebangsaan pula, Hajiji yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri berkata persiapan sudah mencapai 100 peratus dan mereka sudah bersedia menjayakan acara perbarisan itu.
Katanya, sebanyak 190 kontinjenyangakanmengambil bahagian dalam sambutan berkenaan.