USCCAKK akan sertai perbarisan Hari Kemerdekaan
KOTA KINABALU: Persatuan Gabungan Komuniti Cina Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) dengan sokongan anggota persatuan gabungan itu akan menghantar sembilan kontinjen untuk mengambil dalam perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017 bagi mempromosikan patriotisme komuniti Cina.
Presiden USCCAKK Datuk SusanWongmenghadiritaklimat perbarisan Hari Kemerdekaan 2017 yang diadakan pada Jumaat bertempat di pentas utama yang terletak di hadapan Hotel Promenade, bersama-sama wakil dari USCCAKK dan ahli persatuan gabungan.
Susan berkata, sembilan kontinjen yang mewakili USCCAKK dan ahli persatuan gabungan, mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang akan bermula pada jam 6.30 pagi.
Beliau akan mengetuai pasukan perbarisan USCCAKK manakala, ketua pasukan lain termasuk Presiden Persatuan Hokkien Kota Kinabalu Datuk Clement Yeh, Presiden Persatuan Teo Chew Kota Kinabalu Datuk Chua Soon Ping, Setiausaha Agung Persatuan Sze Yi Pantai Barat Sabah Datuk Wong Yit Ming, Presiden Persatuan Kwong Siew Kota Kinabalu Chia Fook Soon, Presiden Persatuan San Chiang Sabah Choi Kwok Cheung, Presiden Persatuan Cina Utara Sabah Kapitan Chong Chin Hang, Presiden Persatuan Hainan Kota Kinabalu Ng Young Wah dan Timbalan Presiden Persatuan Hakka Kota Kinabalu Lee Fuh Min.
Susan berkata, penyertaan USCCAKK dalam perbarisan Hari Kemerdekaan menandakan perpaduan dan patriotisme masyarakat Cina kepada negara.
Kontinjen USCCAKK akan menghadiri raptai Hari Kemerdekaan pada 28 Ogos (Isnin) dan raptai terakhir pada 29 Ogos (Selasa) yang diadakan di Jalan Tun Fuad Stephen bersebelahan Imago Mall.