Van Foton View C2 Window varian diesel kini dalam pasaran
PENAMPANG: Berjaya China Motor Sdn Bhd (BCM) pengedar eksklusif dan pemasar bagi jenama kenderaan komersil China, Foton Motor Group (FMG) Malaysia secara rasminya melancarkan varian diesel Van Foton View C2 Window, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif BCM Sdn Bhd Datuk Donald Choo berkata, model baharu itu akan menyokong model petrol yang sedia ada Foton View C2 bagi menawarkan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih baik kepada pelanggan.
“Model baharu ini menawarkanteknologiterkini yang ada pada van itu di Malaysia dan kemunculannya seiring dengan matlamat kami untuk menyokong barisan produk yang sedia ada di negara ini.
“Model baharu ini dijana enjin 2.8L Turbo Diesel yang menggunakan teknologi kejuruteraan Jepun. Ia digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan,” katanya ketika dalam satu majlis pelancaran Van Foton View C2 Window, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, van itu menghasilkan output keseluruhan sebanyak 70Kw @3600rpmdengankuasakilas maksimum 225Nm@2300 rpm.
Katanya, enjin pula dilengkapi sistem common rail bertekanan tinggi Bosch, turbocharge intercooler dan kawalan elektronik Pengedaran Semula Gas Ekzos yang mematuhi standard pelepasan asap Euro 4.
Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Motor Sdn Bhd Chok Yun Kiong berkata, pihaknya telah menjual sebanyak 40 unit kenderaan itu pada awal tahun ini.
“Saya menjangkakan jualan akan meningkat lagi sebanyak 20 sehingga 30 unit menjelang fasa ke empat tahun ini.
“Harga yang dijual bermula dari RM89,000 sehingga RM128,000 untuk tiga model yang dipasarkan dan setiap model akan diberikan diskaun sebanyak RM3,000 sempena pelancaran ini,” katanya.
Turut hadir di majlis itu ialah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Dewan Perniagaan Cina dan Perindustrian Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui serta tetamu kehormat yang lain. - Oleh YAP SIONG HAN