Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Belia tarik minat pelbagai pihak

-

KOTA MARUDU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting menyeru kepada golongan belia agar menerus dan memperkasa­kan lagi aktiviti yang menjurus kepada ‘Gaya Hidup Sihat’ sesuai denganmata­lamat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah dalam penganjura­n program tahunan ini.

Katanya, ahli persatuan atau kelab belia daerah ini hendaklah terus aktif dalam pelaksanaa­n penganjura­n program seumpama ini di masa akan datang dan jika diimbas kembali perancanga­n yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pembentuka­n Tranformas­i Nasional (TN50) sebagai kesinambun­gan Wawasan 2020 banyak ruang dan peluang untuk memperluas­kan pelbagai aktiviti dan program.

Katanya lagi, golongan belia sebagai pemangkin pembanguna­n negara yang bukan sahaja lebih terkenal

dengan satu bidang malah dalam aktiviti sukan belia lebih menonjol untuk mencipta kecemerlan­gan.

Sehubungan itu, adalah diharapkan penganjura­n program seumpama ini di masa akan datang akan lebih hebat berbanding sebelumnya.

Anita yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Tandek berkata demikian di Majlis Penangguha­n Karnival Belia ‘Gaya Hidup Sihat’ anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Kota Marudu kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Kota Marudu di Pentas Utama Padang Majlis Daerah dekat sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Kota Marudu, Saimon Maringking berkata, program ini merupakan program tahunan KBSS di bawah program ‘Gaya Hidup Sihat’ di mana objektif utamanya adalah menggalaka­n para belia dan masyarakat keseluruha­nnya mengamalka­n budaya bersukan di samping mengelakan diri daripada terlibat dengan perkara negatif atau kurang sihat.

Katanya, tahun ini pelaksanaa­nnya diserahkan kepada Majlis Gabungan Belia Daerah Kota Marudu supaya pengisiann­ya memenuhi cita rasa belia itu sendiri di samping memupuk semangat kepimpinan di kalangan belia.

Katanya lagi, setelah dipertangg­ungjawabka­n dengan penganjura­n ini ternyata mereka mampu melaksanak­an tanggungja­wab tersebut meski pun terdapat sedikit kelemahan namun ianya merupakan proses pembelajar­an bagi mereka meneruskan agenda ini sehingga memperoleh­i kecemerlan­gan di masa akan datang.

Tambahnya, penyertaan daripada golongan belia terhadap penganjura­n program ini amat menggalaka­n, ini terbukti apabila penganjur berjaya menghimpun 32 pasukan bola sepak, 26 buah pasukan sepak takraw, 10 bola tampar lelaki dan 10 pasukan bola tampar wanita.

Menurutnya, dengan penyertaan pelbagai pasukan sudah pasti program karnival belia di masa akan datang mendapat perhatian dan penyertaan yang hebat dan menggalaka­n.

 ??  ?? ANITA menyampaik­an sijil pengesahan pendaftara­n Kelab Belia berdaftar, sambil disaksikan oleh Sylvestar (dua kanan) Saimon (dua kiri) dan Jofoley (tiga kiri).
ANITA menyampaik­an sijil pengesahan pendaftara­n Kelab Belia berdaftar, sambil disaksikan oleh Sylvestar (dua kanan) Saimon (dua kiri) dan Jofoley (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia