Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi perbincang­an PKR-PAS di Selangor bagi hadapi PRU-14

-

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengadakan sebarang perbincang­an lagi dengan PAS berhubung pembahagia­n kerusi di Selangor bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu selaras dengan persetujua­n Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lepas yang menolak sebarang kerjasama dengan PAS pada PRU-14 .

“PKR secara rasmi tidak akan mengadakan kerjasama dengan PAS sebaliknya akan memberikan fokus kepada penyusunan strategi bagi mengadapi pertanding­an tiga penjuru pada PRU-14 kelak.

“Keputusan ini kita terima dan akan kami laksanakan, fokus kita sekarang ialah untuk membina jentera bagi PRU-14,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ditanya mengenai ketidakhad­irannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Mesyuarat Biro Politik PKR ketika membincang­kan perkara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, berkata beliau mempunyai urusan lain pada waktu berkenaan.

Sebelum ini, kenyataan Mohamed Azmin yang sedia berbincang dengan PAS berhubung pembahagia­n kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU akan datang, tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presidenny­a Rafizi Ramli yang membantah kerana boleh menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan penyokong.

Pada Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menamatkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR selepas kecewa dengan beberapa tindakan PKR yang dikatakan membelakan­gkan parti itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia