Utusan Borneo (Sabah)

Najib lancar Festival Seni Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis merasmikan edisi ketiga Festival Seni Antarabang­sa Kuala Lumpur (DiverseCit­y) 2017 di Nu Sentral, di sini.

Acara lima hari, yang berlangsun­g mulai pada Khamis hingga 1 Okt di beberapa venue di Kuala Lumpur, akan memaparkan pelbagai persembaha­n kebudayaan dengan mengetenga­hkan artis antarabang­sa dari negara Asean serta beberapa negara lain di seluruh dunia.

Sebelum merasmikan acara itu, perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa lebih sejam menyaksika­n pelbagai persembaha­n kebudayaan, antaranya tarian zapin oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan ‘Che Malambo’, sensasi tarian dipersemba­hkan 12 penari lelaki dari Argentina.

Kemuncak perasmian itu adalah sentuhan terakhir hasil seni yang dilakukan di atas pentas oleh artis terkemuka, Yeoh Jin Leng, yang akan mempamerka­n beberapa hasil kerja seninya, digabungka­n dengan gambar yang dirakamkan Almarhum Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dalam festival itu.

DiverseCit­y adalah pertubuhan bukan kerajaan dan menerima dana daripada kerajaan, jualan ‘box office’ di samping tajaan dan sumbangan daripada syarikat, individu dan pertubuhan amal.

Dilancarka­n pada 2015, Festival Seni Antarabang­sa KL semakin melakar nama sebagai sebuah acara tahunan utama bagi meraikan kesenian antarabang­sa. Diadakan pada suku ketiga setiap tahun, festival itu mengetenga­hkan artis daripada pelbagai genre di lebih 12 venue di seluruh Kuala Lumpur. Persembaha­n pada festival itu turut digabungka­n dengan bengkel serta aktiviti pendidikan.

Terdahulu ketika berucap, pengarah festival Datin Sunita Rajakumar, berkata mulai 31 Ogos hingga 1 Okt, artis tersohor dan baru mengukir nama dari Malaysia serta seluruh dunia akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk meraikan seni menerusi muzik, tarian, teater, seni visual dan kesusatera­an.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia