Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit kanser mengembara Borneo dengan RM1

-

TAWAU: Dengan berbekalka­n beban seberat 15kg digalas di belakangny­a, lesen, kad pengenalan dan wang tunai RM1, Mohd Zaki Yamani Azman, 28 tiba di daerah ini petang Selasa untuk memulakan pengembara­an solo ke seluruh Borneo.

Pesakit Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 3 atau kanser darah itu berharap masyarakat tidak salah anggap dengan misi yang dilakukann­ya kerana baginya duit bukan ukuran perjalanan.

“Ramai orang tidak boleh bergerak jauh sebab fikirkan duit, saya pun beranggapa­n yang sama dahulu, namun kini berubah kerana tanpa duit pun kita boleh hidup,” katanya.

Anak bongsu daripada lima beradik ini berasal dari Jerantut, Pahang didiagnos menghidap kanser pada Julai 2014 apabila dikesan terdapat bengkak di belakang lehernya.

“Sebenarnya, pada Mei 2015 saya mendapat keputusan mengatakan kanser saya sudah lenyap tetapi muncul kembali pada Januari 2016 dan saya maklum jika membuat transplan, saya perlu berehat selama tempoh enam bulan hingga ke setahun.

“Justeru, saya mengambil keputusan membuat sesuatu untuk diri saya dan itu yang membawa saya ke program Hitch Hike ini yang diinspiras­ikan rakan dari Finland, yang pernah menumpang di rumah saya kerana mengembara,” jelasnya yang mendapat sokongan daripada ibu dan bapanya.

Menurut Zaki, sebelum memulakan Hitch Hike, beliau akan membuat kajian tempattemp­at yang perlu dilawati terlebih dahulu, selain bersiap sedia dari segi fizikal dan mental.

“Untuk kecemasan, saya memang telah sediakan barang keperluan termasuk khemah, bekas makanan dan cawan serta buaian rajut jika keadaan memerlukan saya untuk bermalam di luar,” katanya.

Jika ada rezeki, zaki akan bermalam di rumah penduduk yang mempelawan­ya serta diberi makanan sebelum dia meneruskan lagi perjalanan keesokan harinya.

“Manisnya rakyat Malaysia, tinggi dengan budi pekerti, setiap perjalanan saya mendapat sambutan samada dari yang dikenali atau tidak.

“Tidak pernah saya ditimpa sakit, bermasalah dengan tempat tinggal ataupun kekurangan makanan, paling lama saya pernah menunggu selama 55 minit sebelum ada yang sudi tumpangkan saya ke destinasi seterusnya,” katanya yang mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM100 daripada Majlis Kanser Nasional (Makna).

Menurutnya, projek solonya itu juga sebagai satu latihan untuk Misi Jelajah Dunia yang dirancangn­ya pada Mac 2018 nanti, dan projek itu untuk menguji kelebihan serta kekurangan yang ada pada dirinya untuk penambahba­ikan.

“Saya suka berkawan, berjalan, belajar perkara baru, suka buat apa yang orang jarang buat dan paling penting suka mendalami budaya dan ke sesuatu tempat yang saya tidak pernah pergi,” katanya.

Menurut Zaki, sudah lama dia cuba tukar pandangan masyarakat dengan caranya sendiri dengan melakukan sesuatu perkara yang extreme.

“Saya tidak mahu orang berfikir pesakit kanser hanya perlu berehat di rumah dan pergi hospital menunggu masa untuk mati, banyak lagi sebenarnya yang boleh kita lakukan dan saya lebih ke arah inspirasi dan motivasi,” katanya.

Beliau akan meneruskan perjalan ke Semporna pada besok petang dan berharap kepada sesiapa yang terserempa­k dengannya sepanjang perjalanan agar dapat berhenti dan menumpangk­an kenderaan. (artikel oleh Fauzrina Bulka).

 ??  ?? ZAKI tiba di Tawau dan menunjukka­n tanda nama destinasi seterusnya iaitu Semporna.
ZAKI tiba di Tawau dan menunjukka­n tanda nama destinasi seterusnya iaitu Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia