Utusan Borneo (Sabah)

Kisah Sariah Ali, antara konstabel polis wanita pertama negara

-

TELUK INTAN: Kesusahan hidup semasa zaman pemerintah­an Jepun serta semangat mahu berkhidmat untuk negara tercinta mendorong Sariah Ali menyertai perkhidmat­an pasukan polis wanita 61 tahun lalu.

Berasal dari Parit Kadzi, Muar, Johor, beliau yang berusia 22 tahun ketika itu adalah seorang daripada 54 orang yang lulus untuk pengambila­n pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita yang dibuat setahun sebelum negara mencapai kemerdekaa­n.

“Sebenarnya mak cik hanya mencuba nasib mengikuti seorang kawan sekampung yang dapat surat tawaran menghadiri temu duga mata-mata (polis) di Mantin (Negeri Sembilan).

“Masa temuduga itu, ada lima orang termasuk makcik tetapi di akhir temuduga itu empat lagi termasuk kawan sekampung mak cik tidak berjaya. Makcik berjaya kerana kesihatan baik, mata tak juling dan ada kemahiran bercakap,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Cecily di sini barubaru ini.

Meskipun sudah mencapai umur 85 tahun, warga emas ini masih berada dalam keadaan sihat dengan penglihata­n yang masih jelas tanpa perlu memakai cermin mata.

Menurut Sariah, anak bongsu daripada enam beradik ini, ibunya, Kalsom Jusoh, seorang peniaga kopi turut menemaniny­a ke Mantin dengan menaiki kereta api. Ayah Sariah yang dikenali dengan nama ‘Ali Gagah’ meninggal dunia sewaktu beliau berumur lapan bulan.

“Bila nak balik saya beritahu emak saya lulus. Tercengang emak kerana saya tak ada surat temu duga dan hanya tumpang kawan tapi akhirnya saya yang dapat kerja mata-mata tu, “katanya yang bersekolah hingga tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi, Muar, Johor.

Selangsemi­ngguselepa­ssesi temuduga, Sariah menerima surat tawaran rasmi untuk jawatan konstabel polis.

Tanggal 1 Ogos 1956 membuka lembaran baru dalam kehidupan anak kelahiran Johor ini apabila meninggalk­an kampung halaman untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Wanita di High Street (kini Jalan Tun H S Lee) Kuala Lumpur. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia