Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan meriah, berwarna warni

Pengunjung berkongsi semangat raikan Hari Kebangsaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Padat dengan pengunjung diselangi sorakansor­akan semangat membuatkan suasana upacara Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2017 penuh dengan kemeriahan dan berwarnawa­rni.

Bermula dari acara Berjalan Lalu yang membariska­n perarakan kontinjen-kontinjen perbarisan, semuanya teratur rapi dan penuh kekemasan.

Lebih 15,000 pengunjung dan peserta dari seluruh pelusuk negeri mengambil peluang sempena cuti sekolah untuk sama-sama menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.

Selain untuk menyaksika­n persembaha­n menarik daripada semua peserta, tidak ketinggala­n mereka yang mahu memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam upacara rasmi ini.

Ribuan penonton berkumpul di sepanjang laluan Dataran Bandaraya yang menjadi pentas utama sambutan kali ini.

Ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama Toh Puan Norlidah R.M Jasni diiringi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Panglima Faridah Tussin.

Sebaik tetamu kehormat menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama, kemeriahan upacara Hari Kebangsaan mula diraikan.

Walaupun padat dengan kedatangan orang ramai, namun ia bukan halangan untuk semua yang hadir bersama-sama merasai kegemilang­an sambutan Hari Kebangsaan di negeri ini.

Bagi Yati Yusuf, 33, setiap tahun beliau tidak pernah terlepas untuk datang menyaksika­n sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau dan kelima-lima anaknya begitu bersemanga­t untuk memberi sokongan kepada suaminya yang mewakili Pejabat Setiausaha Persekutua­n (SUP) sebagai peserta kontinjen perbarisan.

“Kami sekeluarga datang ke sini seawal jam 6 pagi lagi kerana tidak sabar melihat suami berarak bersama kontinjenn­ya.

“Anak-anak juga begitu gembira dapat melihat ayah mereka turut serta dalam upacara sebegini,” katanya yang datang dari Likas.

Yati berkata, acara rasmi itu bukan selalu diadakan dan inilah peluang bagi mereka melihat sendiri kemeriahan sambutanny­a.

Seorang lagi pengunjung yang juga datang bersama keluarga, Suriani Muntin, menganggap sambutan Hari Kebangsaan adalah peluang untuk merasai semangat kemerdekaa­n dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, melihat persembaha­n perarakan dari pelbagai kontinjen menambahka­n lagi semangat mereka sekeluarga untuk meraikan Hari Kebangsaan.

“Kami paling tertarik dengan persembaha­n perbarisan dari pasukan tentera darat yang begitu kemas dan teratur.

“Selain itu, kami juga mahu memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat sebagai peserta dalam acara ini,” katanya.

Beliau bersama suami Benny Isahak sanggup datang dari Berunggis Tuaran semata-mata untuk menyaksika­n kemeriahan upacara berkenaan.

Disebalik kemeriahan sorakan, perarakan dan persembaha­n, tidak ketinggala­n peranan anggota keselamata­n dan perubatan yang sentiasa siap siaga menghadapi saat-saat kecemasan.

Bagi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tuaran Mohd. Qardhawi Ghifari Mohd. Asgar, 17, peluang bertugas sempena Hari Kebangsaan adalah satu pengalaman paling berharga.

Selain dapat menjalanka­n tugas bersama rakan-rakan, ia juga peluang untuk beliau menyaksika­n suasana sambutan yang penuh kemeriahan.

“Sebagai ahli PBSM, saya berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada peserta untuk upacara rasmi negara kita.

“Ini juga satu platform yang baik untuk kami lebih terdedah dengan apa juga keadaan bagi menjalanka­n tugas sebagai ahli PBSM,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka Tuaran ini datang bersama 44 ahli PBSM Tuaran yang mana 36 daripadany­a menyertai acara perbarisan.

Selepas keberangka­tan pulang semua tetamu kehormat, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaia­n hadiah bagi pertanding­an perbarisan.

Sebanyak 203 kontinjen menyertai acara berkenaan dengan lapan kategori yang dipertandi­ngkan.

Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya Sekolah Berprestas­i Tinggi dan Pusat Tingkatan 6 SMK Putatan masing-masing menjuarai kategori sekolah.

Bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/ IPTS), kontinjen Askar Wataniah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) muncul johan.

Kontinjen Taman-Taman Sabah (TTS) dan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sabah masing-masing memenangi kategori swasta/ komersial dan pertubuhan bukan kerajaan/persatuan.

Persatuan Bajau Sama Sabah muncul johan kategori Persatuan Etnik Sabah diikuti Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang memenangi kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi.

Bagi kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi, kontinjen Jabatan Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dinobatkan sebagai johan.

“Sebagai

ahli PBSM, saya berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada peserta untuk upacara rasmi negara kita. Ini juga satu platform yang baik untuk kami lebih terdedah dengan apa juga keadaan bagi menjalanka­n tugas sebagai ahli PBSM. MOHD. QARDHAWI GHIFARI MOHD. ASGAR Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tuaran

 ?? - ?? JUHAR menerima tabik hormat daripada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan. Gambar oleh JAMES TSEU
- JUHAR menerima tabik hormat daripada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan. Gambar oleh JAMES TSEU
 ??  ?? PASUKAN Tentera Darat Diraja Malaysia yang menyertai acara perbarisan.
PASUKAN Tentera Darat Diraja Malaysia yang menyertai acara perbarisan.
 ??  ?? YATI dan anak-anak bersemanga­t untuk memberi sokongan kepada suami yang menyertai acara perbarisan.
YATI dan anak-anak bersemanga­t untuk memberi sokongan kepada suami yang menyertai acara perbarisan.
 ??  ?? KONTINJEN Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya Sekolah Berprestas­i Tinggi yang muncul juara kategori Sekolah Rendah.
KONTINJEN Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya Sekolah Berprestas­i Tinggi yang muncul juara kategori Sekolah Rendah.
 ??  ?? SURIANI (kanan) dan Benny tidak melepaskan peluang menyaksika­n sambutan Hari Kebangsaan.
SURIANI (kanan) dan Benny tidak melepaskan peluang menyaksika­n sambutan Hari Kebangsaan.
 ??  ??
 ??  ?? AHLI-AHLI PBSM Tuaran sentiasa bersedia menjalanka­n tugas pada Hari Kebangsaan.
AHLI-AHLI PBSM Tuaran sentiasa bersedia menjalanka­n tugas pada Hari Kebangsaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia