Utusan Borneo (Sabah)

Alunan ayat suci al-Quran bergema di UIAM sempena World#QuranHour

-

KUALA LUMPUR:Alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh kira-kira 3,000 umat Islam bergema di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), sempena program World#QuranHour.

Peserta program kali kedua yang bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang itu mula berkumpul di masjid berkenaan kira-kira 9 pagi.

Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan merangkap Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim berkata program itu memperliha­tkan cantuman jiwa umat Islam di seluruh dunia dalam memartabat­kan al-Quran.

“Berkumpul kita di U IA M menandakan corak kemasyarak­atan Islam. Acara ini tidak dapat dibandingk­an dengan kegiatan lain. Marilah kita bersamasam­a terus mendalami al-Quran supaya kita dapat faham matlamat utamanya,” katanya ketika berucap merasmikan program itu, pada Khamis.

Rais kemudian membacakan surah alFatihah bagi memulakan program World #QuranHour disusuli bacaan surah alBaqarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Acara kemuncak di lokasi perdana itu ialah solidariti interaksi surah Yasin yang dipimpin bacaan oleh 21 “Yasin Flag Bearers” atau pembawa panji-panji Yasin daripada latar belakang berbeza seperti artis, golongan kurang upaya dan ahli akademik.

Program di bawah naungan Jakim itu dianjurkan UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara serta Pertubuhan Permuafaka­tan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamar u di n.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia