Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat perpaduan

Umat Islam diminta hayati Aidiladha

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha kerana perayaan itu dapat memupuk semangat perpaduan sesama rakyat Malaysia dan umat Islam amnya.

Perdana Menteri berkata? menerusi penghayata­n itu, umat Islam di negara ini dapat menjaga hubungan persaudara­an, bersatu hati dan sanggup berkorban, di samping menghindar­i sikap mementingk­an diri sendiri.

“Umat Islam yang mengabaika­n prinsip-prinsip perpaduan, akan membuka ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menerobos, melemahkan serta menghancur­kan Islam dan umatnya.

“Sesungguhn­ya, perpaduan dan keamanan yang dikurniaka­n ini adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahan­kan.

“Bahkan, adalah wajib untuk kita berlaku adil sesama manusia walaupun daripada golongan yang berbeza agama dan kepercayaa­n,” katanya menerusi perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dalam blognya www.1Malaysia.com.my.

Najib berkata sambutan Aidiladha kali ini juga amat istimewa kerana bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan pada Khamis dan meraikan kejayaan Malaysia muncul juara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berakhir pada Rabu dengan pungutan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Perdana Menteri juga berkongsi kegembiraa­nnya apabila tahun ini menyaksika­n Malaysia menghantar bilangan jemaah haji yang teramai dalam sejarah negara.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memudahkan pengurusan jemaah haji Malaysia kerana kita merupakan negara pertama di dunia dibenarkan untuk menjalanka­n program prapelepas­an jemaah haji pada tahun ini di mana jemaah haji kita tidak perlu lagi menjalani proses pemeriksaa­n pasport dan kastam di Makkah dan Madinah.

“”Nikmat ini juga atas asbab hubungan akrab kita dengan pemerintah Arab Saudi yang sentiasa kita semai dan pelihara selama ini,” katanya.

Beliau seterusnya mengajak umat Islam meraikan hari kebesaran itu dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, selain mengukuhka­n silaturahi­m agar dapat melahirkan satu ummah ÿang berjaya di dunia dan di akhirat.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia