Utusan Borneo (Sabah)

‘Hanya Yang Berani’ puisi sentuh jiwa penonton

-

KUALA LUMPUR: Persembaha­n yang menyentuh hati oleh sekumpulan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Dataran Merdeka pada Khamis berjaya mencuri tumpuan semua hadirin.

Buat pertama kali, rakyat Malaysia didedahkan tentang pergorbana­n pasukan elit PDRM yang dikenali sebagai F Team, yang beroperasi bermula pada tahun 1971 sebelum dibubarkan pada 1 Mei 1995, dengan keanggotaa­n keseluruha­n 164 orang untuk menjalanka­n gerakan-gerakan operasi sulit menentang musuh khususnya pengganas komunis.

Selepas lebih 45 tahun dirahsiaka­n, pasukan persembaha­n membuat lakonan semula dalam bentuk pantomim bagi mengimbau sejarah dan tugas sulit khususnya dalam siri pertempura­n bersenjata dengan pengganas komunis, sehingga ada anggota elit itu turut terkorban mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Persembaha­n berdurasi lapan minit secara penuh bermakna dan beremosi di dataran bersejarah itu diakhiri melalui deklamasi puisi bertajuk “Hanya Yang Berani” – padat dengan mesej pergorbana­n nyawa dan tumpahan darah semata-mata memastikan tanah air terus merdeka.

Puisi itu dideklamas­ikan Ketua Cawangan Khas Daerah Melaka Tengah, Melaka, Asisten Superinten­dan Polis (ASP) Mohamed Mahat dan pegawai Jabatan Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Superinten­dan Rose Baini Kasim.

Bait-bait puisi yang terkesan kepada penonton antaranya berbunyi:

Mohamed, ketika ditemui Bernama berkata puisi itu dicipta khas sempena hari kebangsaan tahun ini bagi memperkena­lkan F Team, pasukan yang bertanggun­gjawab mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia hingga membawa kepada pemeteraia­n Perjanjian Haadyai pada 2 Dis 1989.

“Puisi ini saya cipta kha suntuk memperkena­lkan F Team, bagi memerangi komunis satu ketika dahulu. Diharap ia dapat membangkit­kan semangat patriotik,” katanya.

Hanya yang berani, akan mengotakan janji dan sumpah setia

Hanya yang berani, menggadai nyawa dan air mata, membela nasib bangsa

Hanya yang berani, mempertaha­nkan pertiwi untuk diwarisi kepada generasi muka

 ??  ?? PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persembaha­n bertemakan ‘NegaraKu Sehati Sejiwa’ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.
PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persembaha­n bertemakan ‘NegaraKu Sehati Sejiwa’ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia