Utusan Borneo (Sabah)

‘Heret’anak murid untuk semai semangat cintakan negara

-

KUANTAN: Gelagat seorang pemuda yang bersorak penuh semangat sambil mengibarka­n Jalur Gemilang setiap kali perarakan masuk kontinjen yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri Pahang yang diadakan di sini, hari ini mencuri tumpuan pengunjung.

Tanpa mengendahk­an cuaca yang panas terik, pemuda yang memakai baju yang hampir lencun dek peluh kelihatan teruja melihat perbarisan sambil berdiri di atas kerusi di celah-celah kelibat orang ramai dengan sesekali berkata sesuatu kepada beberapa orang yang kelihatan jauh lebih muda daripadany­a.

Apabila dihampiri, pemuda berkenaan yang memperkena­lkan diri sebagai Wee Kwong Yaw, 36 adalah seorang guru tuisyen yang membawa lapan orang anak muridnya untuk turut sama memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2017 itu.

“Saya memang tidak pernah ketinggala­n untuk menghadiri sambutan hari kebangsaan dan sekarang apabila saya menjadi guru saya ‘heret’ pula anak-anak murid untuk turut sama datang bagi menyemai semangat patriotism­e dan sayangkan tanah air di dalam jiwa mereka.

Kita dapati semangat nasionalis­me di kalangan generasi muda pada masa kini terlalu rapuh, sebab itu mereka perlu didedahkan dengan acara ini untuk wujudkan perasaan sayang dan cintakan negara di dalam jiwa mereka,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang daripada pelajar Wee, Tan Sze Ying, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Alor Akar berkata beliau merasa teruja apabila dipelawa oleh gurunya untuk turut sama menyaksika­n perarakan Hari Kebangsaan 2017 yang diadakan di Jalan Mahkota itu sehingga sukar melelapkan mata malam Rabu.

“Rasa teruja, ini kali pertama saya menyaksika­n secara dekat perbarisan hari kebangsaan kerana pada kebiasaan hanya melihatnya menerusi televisyen dan surat khabar. Kedua-dua ibu bapa saya pun tidak menghalang apabila saya memaklumka­n mahu mengikut guru datang ke sini, malah menggalakk­an.

Secara langsung acara seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari ini dan saya rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Turut mencuri tumpuan ialah aksi sepasang adik beradik Mohd Adam Hisham, 3, dan adiknya Muhammad Umar Hisham, setahun, apabila menggayaka­n sepasang baju yang dijahit khas oleh ibunya sendiri Suhaila Mohd Sood, 29, dengan menggunaka­n Jalur Gemilang.

“Dahulu sewaktu masih bersekolah, saya sering masuk perbarisan dan memang rasa bangga setiap kali mendapat peluang itu.

Sekarang apabila sudah berumahtan­gga dan mempunyai dua orang anak, saya mahu mereka turut rasa bangga jadi anak merdeka dengan memakai baju Jalur Gemilang,” kata Suhaila yang hanya mengambil masa sehari untuk menjahit dua pasang baju berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia