Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan penuh nostalgia

Detik 1957 mendominas­i sambutan Hari Kebangsaan 2017

-

KUALA LUMPUR: Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaa­n 31 Ogos 1957, sejarah laluan 60 tahun negara yang menakjubka­n disajikan secara amat istimewa dan penuh nostalgia pada sambutan Hari Kebangsan 2017 di Dataran Merdeka, Khamis.

Disaksikan ribuan hadirin di dataran bersejarah dan rakyat Malaysia melalui siaran secara langsung oleh stesen utama televisyen tempatan, persembaha­n tahun ini mengembali­kan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaa­n dan perkongsia­n kuasa oleh anak Malaysia.

Gambaran kegemilang­an Malaysia setiap era di bawah teraju enam Perdana Menteri dikisahkan secara imbasan babak demi babak daripada sebuah negara yang baru merdeka kini di ambang negara maju.

Bertepatan dengan tema sambutan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, semangat kesepaduan, kesefahama­n dan kekitaan bukan sahaja terserlah pada wajah barisan kepimpinan negara tetapi juga terpancar pada peserta dan orang ramai yang membanjiri lokasi seawal 6 pagi.

Acara sambutan bermula dalam cuaca cerah pada 8 pagi dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pemimpin negara daripada pelbagai latar belakang serta ribuan orang ramai.

Pada sambutan ini, Stadium Merdeka – yang menjadi saksi pengisytih­aran kemerdekaa­n Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957, ‘dibina semula’ di Dataran Merdeka, sekali gus membolehka­n orang ramai dan peserta merasai seolah-olah berada di stadium bersejarah itu.

Dataran Merdeka juga ‘dibawa kembali’ pada persekitar­an 1957 menerusi penonjolan suasana kehidupan pada ketika itu termasuk dari segi rupa, gaya masyarakat berpakaian serta kenderaan.

Detik bersejarah laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Bapa Kemerdekaa­n turut dilakonkan semula, melibatkan penampilan istimewa Najib yang berpakaian seragam warna kuning khaki.

Beberapa individu istimewa turut dibawa khas ke Dataran Merdeka antaranya dua pesara Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditugaskan menaikkan bendera Malaysia buat pertama kali iaitu Lt Komander (B) Mohd Sharif Kalam dan Pegawai Waran 1 Komander (B) Oliver Culvelt Samuel.

Turut ditampilka­n, Rusnah Aksah, gadis sunti berusia 12 tahun ketika diamanahka­n melepaskan 101 merpati di Stadium Merdeka pada 16 Sept 1963, sempena pengisytih­aran pembentuka­n Malaysia.

Berbeza pada kali ini, Rusnah, 66, melepaskan 60 merpati sebagai simbolik 60 tahun negara mengecapi kemerdekaa­n dan kejayaan bawah pentadbira­n kerajaan sekarang.

Turut menjadi jemputan istimewa adalah kalangan waris kepada tokoh pejuang kemerdekaa­n negara termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun V. T. Sambanthan, Tun Juggah anak Barieng dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Bagi menghidupk­an suasana, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia selaku penganjur, menyediaka­n 15 skrin LED gergasi (5 x 3 meter) di sepanjang Jalan Raja Laut untuk orang ramai mengikuti persembaha­n di Dataran Merdeka.

Buat pertama kali, rakyat hari ini juga diperkenal­kan dengan ‘F Team’, unit rahsia yang ditubuhkan pada 1971 sebelum dibubar pada Mei 1995, khas untuk menghapusk­an ancaman komunis melalui persembaha­n khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Persembaha­n 10 minit yang penuh emosi dan mendapat tepukan penghargaa­n daripada hadirin buat wira tidak didendang, sambil disaksikan 58 anggota asal pasukan berkenaan yang turut berdiri memberi penghormat­an dan kelihatan ada antara mereka mengalirka­n air mata.

Antara yang menarik perhatian adalah persembaha­n laungan perang dan kawad formasi oleh 1,000 anggota Kementeria­n Pertahanan.

Untuk acara perbarisan dan perarakan ditampilka­n 10 segmen utama daripada komponen kenegaraan, perkhidmat­an awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteram­an awam, keselamata­n negara, pertunjuka­n udara dan segmen rakyat bersepadu. - Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tabik hormat kepada kontinjen-kontinjen yang melintasi pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan’ Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri...
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tabik hormat kepada kontinjen-kontinjen yang melintasi pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan’ Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia