Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Uniti LD adakan program sentuhan kasih

-

LAHAD DATU: Pasukan Skuad Uniti Daerah Lahad Datu mengadakan program Sentuhan Kasih Skuad Uniti di Kampung Hidayat Batu 4 Tawau mensasarka­n kira-kira 264 ketua keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini.

Antara yang disumbangk­an ialah bantuan keperluan asas barangan dapur kepada semua mangsa kebakaran bagi meringanka­n beban yang ditanggung oleh mangsa.

Ia juga memberi sokongan moral dan suntikan semangat kepada semua mangsa agar dapat meneruskan hidup dan reda dengan kejadian yang berlaku.

Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu, Jammaluddi­n Abdul Rahman ketika merasmikan majlis itu berkata,Skuad Uniti ini berperanan memberikan khidmat Bantu Mula kepada masyarakat apabila berlakunya bencana seperti ini.

Beliau juga menjelaska­n peranan Rukun Tetangga yang akan senantiasa memberi sokongan dan dorongan kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

Menurutnya, semua sumbangan ini adalah hasil usaha kerjasama semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah Lahad Datu dan juga sumbangan daripada Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) DUN Tungku.

Sumbangan daripada individu juga diperolehi daripada Datin Umaisalama­h dari KRT Kg. Binuang, Tungku.

Rukun Tetangga di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah akan memastikan objektifny­a dalam memastikan kesejahter­aan dan keharmonia­n masyarakat akan sentiasa terpelihar­a akan dapat dicapai dengan jayanya.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lahad DatuNorfaz­ilah binti Idin@Idris, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Permuafaka­tan Rukun Tetangga Daerah Lahad Datu Othman Hajan, Pengerusi KRT Kampung Tabanak,Bakapit, Lamak Jalan Silam dan 15 Ahli Skuad Uniti Daerah Lahad Datu.

 ??  ?? AKTIVITI penyampaia­n sumbangan kepada pengerusi JKKK/Ketua Kampung oleh PPD.
AKTIVITI penyampaia­n sumbangan kepada pengerusi JKKK/Ketua Kampung oleh PPD.
 ??  ?? PESERTA berkumpul di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu sebelum bertolak ke Kampung Hidayat Batu 4, Tawau.
PESERTA berkumpul di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu sebelum bertolak ke Kampung Hidayat Batu 4, Tawau.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid Tabika Perpaduan Seroja A dan B.
PERSEMBAHA­N nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid Tabika Perpaduan Seroja A dan B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia