Utusan Borneo (Sabah)

Semarak sambutan Hari Kebangsaan KRT Zon Bandaraya KK lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang

-

KOTA KINABALU Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2017 peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Zon Bandar Raya Kota Kinabalu diadakan pada Selasa lepas di Dewan Mini Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Menurut Pegawai Perpaduan Zon Bandar Raya Kota Kinabalu, Normalawat­i Hassim, program berkenaan bertujuan menggalakk­an ahli Rukun Tetangga memasang dan mempamerka­n bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaa­n.

Program berkenaan juga diharapkan dapat mendidik masyarakat mengenai fakta sejarah negara dan akhirnya memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti.

Relevan dengan objektif program, dua ceramah iaitu yang berkenaan kenegaraan dankemerde­kaandisamp­aikan kepada semua hadirin yang datang pada program berkenaan.

Ceramah kenegaraan disampaika­n oleh Penolong Pengarah Biro Tatanegara, Sonitah Terang, manakala ceramah kemerdekaa­n disampaika­n oleh Pegawai Penerangan Zon Pantai Barat Selatan, Durahim Jaman.

Program berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai kepentinga­n mendidik rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi mengenai fakta sejarah negara yang sebenar dan mendidik mereka untuk menyayangi negara, seperti kata pepatah ‘melentur bulu biarlah dari rebungnya’.

Selain itu beliau juga menyeru semua hadirin supaya sedar akan peranan masingmasi­ng dalam pembanguna­n negara sama ada di peringkat atasan atau akar umbi, dan bekerjasam­a bagi memastikan kesinambun­gan kesejahter­aan negara.

Jainab juga sempat menyampaik­an Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada semua KRT untuk dikibarkan di kawasan masing-masing.

Program berkenaan dimeriahka­n dengan nyanyian lagu patriotik oleh muridmurid Tabika Perpaduan Seroja A dan B.

Di akhir majlis semua hadirin juga bersama-sama menyanyika­n lagu patriotik bertajuk ‘Sehati Sejiwa’ seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun ini.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Delin Liet Blaun.

 ??  ??
 ??  ?? JAINAB menyampaik­an bendera kepada wakil KRT. Turut kelihatan Delin (kiri).
JAINAB menyampaik­an bendera kepada wakil KRT. Turut kelihatan Delin (kiri).
 ??  ?? JAINAB memotong kek sebagai simbolik perasmian kempen tersebut.
JAINAB memotong kek sebagai simbolik perasmian kempen tersebut.
 ??  ?? HADIRIN mengibarka­n Jalur Gemilang bersama-sama.
HADIRIN mengibarka­n Jalur Gemilang bersama-sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia