Utusan Borneo (Sabah)

Batu Timbang sasaran penceroboh

Usaha pemantauan perlu diperketat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN RAFFLESIA

Di sini banyak kawasan panas untuk penceroboh yang melibatkan pemburuan haram hidupan liar, serta pengambila­n kayu gaharu dan sumber asli yang lain. Usaha kita lebih ditumpukan kepada penyediaan kemudahan bagi melindungi hidupan liar dan sumber lain. DR RAHIMATSAH AHMAD Penyelidik berpengala­man

KEDUDUKANN­YA sering dijadikan sebagai ‘kawasan panas’ (hot spot) para penceroboh untuk memasuki Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA).

Batu Timbang yang termasuk sebagai Kawasan Hutan Simpan memerlukan pemantauan ketat dan berterusan bagi memastikan kekayaan flora fauna dan sumber alam semulajadi tidak diganggu.

Program Ekspedisi Saintifik Batu Timbang di ICCA antara usaha yang dijalankan bagi menangani isu-isu yang berlaku di kawasan terbabit.

Seramai lebih 100 peserta yang menyertai ekspedisi selama 10 hari bermula 16 Ogos 2017 itu melibatkan pelbagai agensi dan jabatan di negeri ini.

Yayasan Sabah sebagai penganjur utama menjalin kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan beberapa agensi dan jabatan berkaitan bagi menjayakan program berkenaan.

Petronas sebagai penaja utama ekspedisi ini turut membawa rombongan media seramai 19 orang untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.

Ekspedisi berkenaan membabitka­n golongan saintis, penyelidik, pembantu penyelidik, anggota renjer, juga komuniti setempat.

Walaupun tidak menyertai keseluruha­n aktiviti sepanjang ekspedisi itu, rombongan media berkesempa­tan menyertai aktiviti ‘jungle trekking’ yang melihat penemuan spesies Raflesia yang dinamakan Raflesia Tengku Adlinii. Salah seorang penyelidik yang

cukup berpengala­man dengan program ekspedisi berkenaan, Dr Rahimatsah Ahmad berkata, program itu bertujuan melihat peluang untuk usaha pembanguna­n penyelidik­an di kawasan Batu Timbang.

Menurutnya, sejak 2013, beliau sering masuk ke kawasan itu bagi menjalanka­n aktiviti pemantauan dan penyelidik­an.

“Saya ditugaskan untuk melihat peluang untuk membangunk­an pusat renjer bagi menangani isu kemasukan penceroboh di kawasan ini. “Di sini banyak kawasan panas untuk penceroboh yang melibatkan pemburuan haram hidupan liar, serta pengambila­n kayu gaharu dan sumber asli yang lain. “Usaha kita lebih ditumpukan kepada penyediaan kemudahan bagi melindungi hidupan liar dan sumber lain,” katanya kepada Utusan Borneo. Beliau berkata, kawasan Batu Timbang memerlukan pusat renjer yang akan menjalanka­n pemantauan. Jika pusat renjer dibina jelasnya, ia akan memberi sedikit keraguan kepada penceroboh untuk memasuki kawasan terbabit kerana tahu pemantauan dijalankan.

Selain itu katanya, kemudahan dan kelengkapa­n seperti alat telekomuni­kasi juga perlu disediakan.

“Kita juga perlu menyediaka­n kemudahan tambahan seperti asrama untuk penyelidik.

“Ini kerana setiap kali penyelidik datang, kita bina khemah yang mana ini juga boleh menyebabka­n kerosakan kepada kawasan hutan di sini,” jelasnya.

Rahimatsah berkata, dengan adanya kemudahan asrama yang boleh menampung lebih ramai penyelidik, sudah tentu ia boleh digunakan oleh pelawat lain.

Menurutnya, pada masa ini cadangan berkenaan mungkin sukar dilaksanak­an memandangk­an masih terdapat beberapa kekangan untuk memasuki kawasan Batu Timbang terutamany­a keadaan jalan.

Bagaimanap­un katanya, dalam tempoh lima tahun akan datang, apabila jalan sudah dinaik taraf sudah tentu ia mampu menarik lebih ramai pelawat.

“Apabila pelawat datang, ia menyumbang kepada pendapatan Yayasan Sabah untuk membantu usaha pemulihara­an.

“Anggota renjer perlu dibayar dan setiap kali mereka membuat pemantauan, ia memerlukan kos kerana ada penggunaan peralatan.

“Kebanyakan pembantu penyelidik dan renjer yang diambil bekerja di sini adalah dalam kalangan penduduk tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata, tahap akademik dan persekolah­an golongan terbabit mungkin tidak tinggi, namun mereka memiliki kepakaran dan kebolehan yang diiktiraf di dalam hutan.

Secara tidak langsung katanya, pulangan seperti itu dapat membantu kepada pembanguna­n masyarakat setempat.

Dari segi kegiatan penceroboh­an, pihaknya melihat tindakan segelintir penceroboh mencapai tahap serius.

Ini kerana, didapati ada dalam kalangan mereka menggunaka­n senjata api seperti ‘bakakuk’ ketika menjalanka­n kegiatan pemburuan haram.

Pada masa sama, kekerapan kemasukan juga banyak kerana ada warga asing yang juga pekerja ladang di sekitar kawasan berkenaan.

“Kawasan Hutan Simpan Batu Timbang dikeliling­i hutan yang mempunyai konsesi balak.

“Kebanyakan daripada mereka mengambil pekerja warga asing yang mana mereka ini juga sering didapati menceroboh ke dalam kawasan Batu Timbang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaska­n, usaha untuk membina pusat renjer di kawasan berkenaan amat perlu untuk mengatasi masalah penceroboh­an dari terus berleluasa.

 ??  ?? PARA peserta termasuk penyelidik, media, dan renjer bergambar bersama. Tengku Adlinii antara penemuan di kawasan Batu Timbang.
PARA peserta termasuk penyelidik, media, dan renjer bergambar bersama. Tengku Adlinii antara penemuan di kawasan Batu Timbang.
 ??  ??
 ??  ?? SALAH satu khemah utama yang menjadikan pusat informasi di kem stesen Batu Timbang. PESERTA ekspedisi melalui kawasan sungai selepas aktiviti Jungle Trekking di Batu Timbang.
SALAH satu khemah utama yang menjadikan pusat informasi di kem stesen Batu Timbang. PESERTA ekspedisi melalui kawasan sungai selepas aktiviti Jungle Trekking di Batu Timbang.
 ??  ?? ANTARA spesies katak yang ada di Kawasan Hutan Simpan Batu Timbang.
ANTARA spesies katak yang ada di Kawasan Hutan Simpan Batu Timbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia