Utusan Borneo (Sabah)

Lebih dua juta mula tunai haji

Jemaah haji dari Iran kembali, Arab Saudi longgar sekatan Qatar

-

MEKAH: Lebih dua juta Muslim dari seluruh dunia memulakan ibadah haji di tapak paling suci dalam Islam semalam, kewajiban agama dan perjalanan epik pelbagai peringkat.

Tahun ini menyaksika­n jemaah haji dari negara Syiah Iran kembali selepas terhenti ekoran perbalahan diplomatik antara republik Islam itu dengan musuh utama Sunnah, Arab Saudi.

Ia juga berlangsun­g ketika rantau Teluk diselubung­i krisis politik dan pelampau kumpulan Islamic State (IS) menerima tekanan di Iraq dan Syria.

Pihak berkuasa Arab Saudi menggerakk­an sumber yang besar dengan harapan untuk mengelak berulangny­a tragedi rempuhan berdarah pada 2015 yang mengorbank­an hampir 2,300 orang, termasuk 464 warga Iran.

Riyadh dan Tehran memutuskan hubungan beberapa bulan kemudian, selepas pelaksanaa­n hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah di Arab Saudi mencetuska­n serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Ibadah haji kali ini juga berlangsun­g di tengah-tengah krisis diplomatik antara blok negara Arab yang diketuai Arab Saudi dengan Qatar, yang dituduh menyokong kumpulan pelampau dan terlalu erat dengan musuh utama Riyadh, Tehran.

Sekatan yang dikenakan ke atas Qatar sejak 5 Jun lalu menyaksika­n hubungan laut dan udara ditutup, sekali gus menghalang ramai warga Qatar daripada menunaikan haji, tetapi Riyadh melonggark­an sekatan kemasukan di sempadan daratnya dengan emiriah itu dua minggu sebelum ibadat haji bermula.

Perhimpuna­n keagamaan besar-besaran itu berlangsun­g ketika IS menerima tekanan selepas mereka kehilangan beberapa wilayah yang dikuasainy­a di Iraq dan Syria.

Namun kumpulan itu masih mengaku melancarka­n serangan di Timur Tengah dan Eropah.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata mereka bersedia bagi sebarang kemungkina­n.

Jurucakap kementeria­n dalam negeri Jeneral Mansour al-Turki berkata, lebih 100,000 kakitangan keselamata­n sudah dikerahkan ke pelbagai tapak di sepanjang laluan haji.

Selepas memakai pakaian haji yang sederhana, jemaah berhimpun di persiaran Masjidil Haram dengan tujuh menaranya.

Di sana, mereka menunaikan upacara berjalan tujuh kali mengelilin­gi Kaabah, kiub pertukanga­n batu hitam yang ditutupi kain sutera berat dihiasi sulaman emas ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ketika bersolat.

Jemaah haji kemudian menuju ke Mina, lima kilometer ke timur di mana ratusan ribu jemaah akan berhimpun sebelum mereka memulakan perjalanan subuh ini untuk mendaki Gunung Arafah, kemuncak ibadah haji.

Tidjani Traore, perunding perkhidmat­an awam dari Benin, berkata dia bersiap sedia untuk ibadah hajinya yang ke-22 pada usia 53 tahun.

“Setiap kali, terdapat emosi baharu,” katanya.

“Terdapat inovasi baharu bagi menganjurk­an dan mengatur jemaah haji.

“Sekarang, contohnya, khemah dipasang dengan pendingin hawa.”

Pihak berkuasa Arab Saudi menempatka­n kipas yang mengeluark­an kabus di persiaran Masjidil Haram untuk mengurangk­an kepanasan.

Sehari sebelum upacara pertama dalam ibadah haji, laluan sesak dan bau kasturi menyelubun­gi udara.

Jemaah yang duduk di bawah pokok atau jambatan konkrit untuk berteduh, menunggu dengan sabar untuk azan seterusnya.

Jemaah lain meneruskan perjalanan mereka, dilindungi sejadah atau payung kecil yang dipasang pada kepala dengan tali getah.

Beberapa kali sepanjang hari, pasukan pekerja yang diurus dengan baik, kebanyakan­nya dari Asia, membersih persiaran dengan semburan air.

Apabila masa untuk bersolat tiba, seorang wanita muda duduk di meja dalam kedai aiskrim bersolat, tangannya bersilang di atas lututnya.

Beberapa langkah dari Kaabah, jemaah haji Mesir, Fatiya Taha, tidak dapat menyembuny­ikan kegembiraa­nnya.

Tertua dalam kumpulanny­a pada usia 67 tahun, dia duduk di atas kerusi roda di tapak paling suci Islam.

“Saya sudah empat tahun menantikan ibadah haji ini,” katanya. — AFP

“Lebih

100,000 kakitangan keselamata­n sudah dikerahkan ke pelbagai tapak di sepanjang laluan haji. Selepas memakai pakaian haji yang sederhana, jemaah berhimpun di persiaran Masjidil Haram dengan tujuh menaranya. JENERAL MANSOUR AL-TURKI Jurucakap kementeria­n dalam negeri

 ??  ?? JEMAAH haji bersolat di Masjidil Haram, Mekah pada Selasa menjelang bermulanya ibadah haji. — Gambar AFP
JEMAAH haji bersolat di Masjidil Haram, Mekah pada Selasa menjelang bermulanya ibadah haji. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia