Utusan Borneo (Sabah)

Remaja bermasalah mengamuk, dua maut

-

Seorang remaja yang membunuh dua orang dan mencederak­an empat lagi dalam satu serangan tembakan di sebuah perpustaka­an bandar kecil di New Mexico mempunyai masa silam yang bermasalah tetapi disangka sudah mengubah kehidupann­ya selepas dia menyertai sebuah gereja tempatan, kata pastornya kelmarin.

Nathaniel Jouett, 16, dibaptis musim panas ini dan membantu gereja itu mengumpul dana untuk menghantar anggota remaja ke kem belia hanya beberapa hari sebelum dia melepaskan tembakan petang Isnin lepas di Perpustaka­an Awam Clovis-Carver, kata Pastor David Stevens dalam temu ramah telefon.

“Sebelum Kristus ‘memasuki’ hatinya, dia asyik menangis, hancur hati,” kata Stevens dari Living Word Church of God di Clovis.

“Dia berkata, ‘Sekarang saya sebab untuk senyum’.

“Kami tidak ada sebarang petunjuk mengenai perkara yang tidak kena dengan dirinya,” kata beliau.

Dua pekerja perpustaka­an, Krissie Carter ,48, dan W anda Walters, 61, terbunuh dalam serangan itu, di mana Jouett menggunaka­n dua pucuk pistol, kata ketua polis Clovis, Chief Douglas Ford, kelmarin.

Antara mangsa yang cedera adalah kanak-kanak lelaki Noah Molina, 10, yang dibawa dengan helikopter bersama tiga mangsa lain ke hospital di Lubbock, Texas dan stabil kelmarin, kata Eric Finley, jurucakap bagi Pusat Perubatan Universiti di Lubbock.

Cedera parah ialah kakak Noah, Alexis Molina, 21, dan Howard Jones, 53.

Mangsa keempat terselamat dicam Ford sebagai Jessica Thron, 30, dan kesemua mereka dijangka pulih, tambah Ford.

Pihak berkuasa merancang mendakwa Jouett sebagai juvana dengan dua tuduhan melakukan pembunuhan kelas pertama, empat tuduhan melakukan serangan, empat tuduhan melakukan serangan serius dengan senjata berbahaya, dan satu tuduhan pendera kanak-kanak, kenyataan akhbar itu menyebut.

Pendakwa raya akan seterusnya cuba membicarak­an Jouett sebagai orang dewasa, kata Ford.

Stevens berkata Jouett sedang ditahan dalam pengasinga­n sejak dia ditangkap di perpustaka­an berkenaan Isnin lepas.

Dia berkata anak perempuann­ya, yang menjadi kekasih remaja itu sejak tiga setengah bulan lalu, menerima teks pesanan ringkas daripada rakan Isnin lepas yang menyebut satu serangan tembakan telah berlaku dan Nathan, nama panggilan rakannya, berada di tempat kejadian.

Jouett digantung dari sekolah tinggi Clovis kerana bertumbuk sewaktu serangan berlaku, kata Stevens.

“Anak saya sangka Nathan telah ditembak.

“Justeru isteri dan anak saya pergi ke perpustaka­an di pusat bandar, mendapati dia telah ditangkap. Dia penembakny­a,” kata Stevens.

Clovis, dengan populasi kira-kira 40,000 orang, terletak kira-kira 300 kilometer ke timur Albuquerqu­e. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia