Utusan Borneo (Sabah)

Loji terjejas bah, penduduk dipindahka­n

-

Penduduk di sekitar loji kimia yang menghasilk­an peroksida organik di tenggara Texas yang banjir sudah dipindahka­n sebagai langkah berjagajag­a, kata pihak berkuasa kelmarin.

Loji di daerah Harris itu dimiliki kumpulan dari Perancis, Arkema.

“Sebagai langkah perlindung­an, daerah Harris memindahka­n kesemua penduduk dalam lingkungan 1.5 batu dari kemudahan Arkema,” menurut Pejabat Marsyal Bomba Harris.

Loji itu ditenggela­mi air bah dan sebahagian kimia yang dibuat di sana mungkin boleh bertindak balas dan memulakan kebakaran yang akan mengeluark­an asap hitam, kata Arkema memberi amaran.

Peroksida organik merupakan sebatian yang biasanya digunakan dalam proses pembuatan plastik.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata semua kakitangan sudah dipindahka­n kerana situasi “sudah menjadi serius”.

“Pada waktu ini, sementara kami tidak percaya bahaya tidak dapat dielakkan, potensi bagi reaksi kimia yang menyebabka­n kebakaran dan/atau letupan di dalam lingkungan tapak adalah tulen,” menurut kenyataan syarikat tersebut.

Produk di tapak mesti disejukkan, kenyataan itu menyebut, tetapi tenaga elektrik terputus disebabkan oleh hujan lebat, dan generator sokongan ditenggela­mi air banjir.

Kimia sudah dipindahka­n ke dalam kontena sejuk yang dijana oleh diesel, menurut kenyataan itu, tetapi sebahagian daripada penyejukan itu turut dikompromi disebabkan oleh air yang amat tinggi.

A r kem a menjelaska­n bahawa mereka sedang memantau dari jauh suhu dalam setiap kontena sejuk di loji tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia