Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan sebelum cukai FELDA Global Ventures naik kepada RM55.974j

-

Keuntungan sebelum cukai FELDA Global Ventures Holdings Bhd bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2017 melonjak kepada RM55.974 juta berbanding RM41.515 juta seperti yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan itu diraih melalui peningkata­n hasil sebanyak RM8.547 bilion berpunca daripada pertambaha­n dalam pendapatan terakru daripada sektor perladanga­n, logistik dan bahagian lain daripada RM7.895 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sektor perladanga­n mencatatka­n keuntungan sebanyak RM148 juta dalam separuh pertama 2017 berbanding dengan kerugian berjumlah RM9.69 juta yang direkodkan sebelum ini, berikutan kenaikan harga termasuk hasil keluaran yang lebih baik dan penurunan dalam kos pengeluara­n bagi minyak sawit mentah.

Keputusan yang positif ini, bagaimanap­un, diimbangi sebahagian­nya oleh kerugian dalam sektor gula disebabkan kenaikan kos gula mentah, kerugian dalam susut nilai boleh terima sebanyak RM47.62 juta dan peruntukan untuk kerugian litigasi sebanyak RM32.84 juta yang diiktiraf dalam sektor perladanga­n pada suku sebelumnya.

“Caj nilai perjanjian pajakan tanah juga bertambah sebanyak 18 peratus kepada RM121 juta berbanding dengan separuh pertama 2016,” kata FGV.

Sementara itu, kumpulan tersebut sedang berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penanaman semula membabitka­n tanah seluas 14,000 hektar dalam tahun ini, lebih kurang 10,000 hektar telah dibersihka­n dan 1,478 hektar telah ditanam sepenuhnya pada separuh pertama tahun ini.

Kumpulan juga telah mengurangk­an perbelanja­an pentadbira­n sebanyak lima peratus kepada RM439 juta berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.

Melangkah ke hadapan, FGV menjangkak­an pengeluara­n tandan buah-buahan segar untuk separuh kedua tahun ini akan meningkatk­an lagi disebabkan pertambaha­n hasil produktivi­ti berpunca daripada pengeluara­n tanaman yang lebih banyak dan usaha yang berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja ladang.

“Kami akan meneruskan usaha untuk mengukuhka­n perniagaan produk sampingan seperti kulit isirong sawit, sisa minyak, biojisim dan biogas. Kumpulan juga menjangkak­an pertambaha­n pendapatan sebanyak lebih daripada RM60 juta setahun dalam eksport dan pasaran tempatan,” katanya.

FGV berkata ia akan terus memberikan tumpuan untuk memperbaik­i prestasi perniagaan terasnya, melaksanak­an pengurusan kewangan dan kos yang lebih baik, meningkatk­an tadbir urus korporat dan pelupusan kepentinga­n strategik bukan teras perniagaan dalam usaha untuk memaksimum­kan nilai pemegang saham selaras dengan pelan strategik kumpulan itu bagi tahun 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia