Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kedudukan hadapan pendek Malaysia AS$16.55b akhir Julai 2017

-

Jumlah kedudukan hadapan pendek Malaysia sebanyak AS$16.55 bilion (AS$1=RM4.27) setakat akhir Julai 2017, mencermink­an pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluara­n pinjaman projek sebanyak AS$2.39 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$187.4 juta.

“Rizab antarabang­sa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabang­sa, bank dan institusi kewangan lain,” menurut BNM dalam kenyataan semalam.

BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Sementara itu, aset rizab rasmi adalah berjumlah AS$99.44 bilion setakat 30 Julai, 2017 berbanding AS$98.9 bilion sebulan sebelum itu, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$774.8 juta.

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak AS$242.4 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia