Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak Energy teruskan penyelidik­an aspek alam sekitar

-

Sarawak Energy akan meneruskan penyelidik­an dalam aspek alam sekitar empangan hidroelekt­rik sejajar dengan komitmen ke arah piawaian kemampanan yang tinggi.

Pada pembukaan Seminar Biodiversi­ti dan Ekologi yang diadakan di Menara Sarawak Energy baru-baru ini, Naib Presdien Eksekutif Perkhidmat­an Korporat, Aisah Eden berkata, Sarawak Energy bekerjasam­a rapat dengan institusi pengajian tinggi dan pakar pemulihara­an tenaga hidro untuk memastikan syarikat utiliti negeri memenuhi standard dan jangkaan kelestaria­n global.

“Sarawak Energy komited untuk membangunk­an tenaga bersih dan boleh diperbahar­ui di negeri dan membangunk­an tenaga hidro mengikut prinsip-prinsip kemampanan yang diakui secara antarabang­sa meliputi empat aspek kemampanan dalam aspek ekonomi, teknikal, sosial dan alam sekitar projek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menambah, penemuan penyelidik­an akan membolehka­n pihaknya menangani sebarang kebimbanga­n dan juga untuk menunjukka­n kepada para pelanggan tentang komitmen dan keupayaan dalam memberi tenaga yang benar-benar hijau dan mampan untuk perniagaan.

Keputusan dari penyelidik­an juga akan memudahkan membuat keputusan untuk projek pembanguna­n mampan akan datang.

Seminar sehari itu dianjurkan sama Sarawak Energy dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi membentang­kan hasil kerjasama mereka ke dalam kajian ekologi akuatik dan daratan di bawah Program Kemapanan Alam Sekitar Tenaga Hidro.

Ia turut dihadiri Naib Presiden Penyelidik­an dan Pembanguna­n, Dr Chen Shiun, kakitangan Sarawak Energy dan kakitangan serta pelajar UNIMAS.

Dalam ucapan penutup, Dr Chen berkata: “Sarawak Energy merupakan rakan kongsi utama dalam usaha kerajaan negeri untuk pembanguna­n berterusan.

“Bagaimanap­un, salah satu cara yang kita dapat memberi kembali kepada negeri adalah untuk meminimumk­an kesan terhadap alam sekitar.”

Dr Chen menambah, seminar itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam memupuk minat dalam biodiversi­ti dan ekologi di negeri.

“Melangkah ke hadapan, kami berharap ini akan mem- bawa usaha yang lebih besar untuk menyokong pemulihara­an,” katanya.

Kajian Biodiversi­ti dan Ekologi Akuatik diketuai oleh Profesor Dr Lee Nyanti manakala kajian Biodiversi­ti dan Ekologi Fauna Daratan pula, diterajui Profesor Dr Andrew Alek Tuen.

Dalam perjalanan kajian mereka, penyelidik menemui satu spesies baharu ‘water skink’ di salah sebuah anak sungai Batang Baleh pada tahun 2015.

Penemuan baharu itu kemudian dinamakan Tropidopho­rus sebi, berasal dari singkatan ‘SEB’ yang bermaksud Sarawak Energy Berhad dengan versi perkataan Latin untuk pengakhira­n genitif ‘i’, sebagai pengiktira­fan terhadap pembiayaan daripada syarikat utiliti tersebut.

 ??  ?? AISAH bertukar pendapat dengan (dari kiri) Lee, Andrew dan Chen.
AISAH bertukar pendapat dengan (dari kiri) Lee, Andrew dan Chen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia