Utusan Borneo (Sabah)

Pemaju mesti patuhi beberapa syarat

Sebelum memulakan perniagaan pembanguna­n hartanah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KIBABALU: Pemaju hartanah mesti mematuhi beberapa syarat sebelum memulakan sebarang perniagaan pembanguna­n hartanah di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Pesatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda), Chew Seng Kai berikutan terdapat banyak promosi hartanah digital di luar negara.

“Sebagai peneraju industri hartanah di Sabah, Shareda perlu tampil membuat beberapa komen dan nasihat kepada pembeli berpotensi dan pelabur dalam pembelian hartanah,” katanya pada sidang media, di sini pada Rabu.

Chew berkata, antara syarat berkenaan ialah pemaju hartanah mestilah pemilik tanah berdaftar atau telah memeterai perjanjian usaha sama dengan pemilik tanah.

Katanya, sebelum memulakan kerjakerja pembinaan untuk sesuatu projek dan pelan pembanguna­n yang lain, syarikat terbabit mesti menerima kelulusan bertulis daripada Mayor Kota K ina balu atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan di peringkat daerah.

“Setelah mendapatka­n semua kelulusan, dia kemudian boleh menjual produk tersebut kepada pembeli / pelabur berpotensi dengan menjual dan membina kaedah tertakluk kepada syarat-syarat berikut. Iaitu melalui Perjanjian Jual Beli biasa (SPA) yang disediakan oleh peguam.

Jika ia merupakan projek kediaman, maka dia mesti memohon lesen pemaju perumahan dan permit pengiklana­n dan jualan dari Pengawal Perumahan di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya.

Katanya, jika dia menjual saham dalam syarikat awam, maka dia mesti mengemukak­an prospektus yang diluluskan oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

Chew berkata, Shareda mengesyork­an dan menasihati kepada semua bakal pembeli atau pelabur untuk melantik seorang peguam atau akauntan tempatan untuk memberi nasihat kepada mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Turut hadir Timbalan Presiden Shareda Datuk Seri Chua Soon Ping, Naib Presiden Wesley Chai Meng Kong, Penolong Setiausaha Agung Emily Chew dan Ahli Majlis Ben Kong Chung Vui.

 ??  ?? CHEW (tengah) ketika mengadakan sidang media.
CHEW (tengah) ketika mengadakan sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia