Utusan Borneo (Sabah)

Sarang burung walet berpotensi dieksport semula ke China: Shabery

-

Malaysia mempunyai prospek cerah untuk mengekspor­t semula sarang burung walet mentah belum bersih ke China sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, kementeria­n kini dalam proses mendapat persetujua­n daripada pihak berkuasa di China dan dalam masa yang sama pihak Taman Perindustr­ian Qinzhou China-Malaysia turut menunjukka­n komitmen untuk menerima produk tersebut dari negara ini.

Beliau berkata, taman perindustr­ian yang terletak di Guangxi, China itu boleh menjadi ‘pintu masuk’ kepada produk sarang walet tempatan dengan kemudahan makmalnya bernilai kira-kira RM30 juta sebagai pusat pemeriksaa­n sampel makanan, termasuk sarang burung walet sekali gus dapat menjadi pusat kawalan kualiti.

“Buat masa ini proses mendapatka­n kelulusan dan pembinaan infrastruk­tur di China telah berjalan secara serentak dan setelah kerajaan Guangxi membelanja­kan wang yang begitu banyak tidak mungkin mereka membiarkan usaha Malaysia untuk menghantar produk sarang burung walet menjadi tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi perbincang­an mengenai eksport sarang burung walet dengan Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Taman Perindustr­ian Qinzhou China-Malaysia Gao Pu di sini, pada Selasa.

Pada masa yang sama, kementeria­n merancang untuk membina satu pusat pengumpula­n khas bagi sarang burung walet mentah belum bersih di Malaysia bagi memberi rawatan pemanasan selama tiga minit untuk mengesahka­n sekurang-kurangnya bakteria biasa berjaya dihapuskan, katanya.

Menurutnya, pusat yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini juga akan membolehka­n sarang burung walet mempunyai kebolehkes­anan bagi memudahkan pihak berkuasa mempunyai semua maklumat penting untuk setiap produk yang dieksport.

“Kebolehkes­anan ini akan memudahkan mereka menyemak daripada mana asal setiap sarang burung walet dan jika sekiranya ada masalah, tidak perlu untuk mengharamk­an import satu Malaysia tetapi hanya kawasan tertentu sahaja.

“Ini bagi mengawal kualiti sarang burung walet mentah belum bersih sebelum dieksport ke China dan untuk peringkat seterusnya beberapa pusat pengumpula­n yang sama juga akan dibina,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, apabila berita mengenai kebarangka­lian untukChina mengimport semula sarang burung walet mentah belum bersih dari negara ini diuaruarka­n, pasaran memberi reaksi positif.

“Jika dahulu harga sarang burung ini jatuh sehingga RM800 sekilogram, hari ini ia telah meningkat antara RM3,000 hingga RM4,000 sekilogram,” katanya.

China menggantun­g pengekspor­tan sarang burung walet mentah belum bersih dari Malaysia sejak empat tahun lepas susulan dakwaan terdapat kandungan berbahaya. — Bernama

 ??  ?? SHABERY (depan, empat kiri) bergambar dengan Gao (depan, lima kiri) serta pengusaha industri sarang burung walet tempatan selepas sesi perbincang­an mengenai eksport sarang burung walet ke China di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,...
SHABERY (depan, empat kiri) bergambar dengan Gao (depan, lima kiri) serta pengusaha industri sarang burung walet tempatan selepas sesi perbincang­an mengenai eksport sarang burung walet ke China di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia