Utusan Borneo (Sabah)

Lion Air tawar harga istimewa untuk mahasiswa M’sia di Indonesia

-

Golongan pelajar Malaysia di Indonesia kini berpeluang melancong ke seluruh negara itu pada harga tiket penerbanga­n istimewa syarikat penerbanga­n tambang rendah Lion Air Group.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group, Edward Sirait berkata tawaran harga tiket istimewa itu adalah sebagai meraikan sambutan hubungan diplomatik ke-60 tahun ini.

Katanya tawaran untuk mahasiswa Malaysia itu merangkumi semua pesawat domestik Lion Air Group termasuk Lion Air, Wings Air dan Batik Air untuk perjalanan domestik.

“Ini merupakan suatu bentuk penghormat­an Lion Air Group sempena peringatan 60 tahun terjalinny­a kerjasama dua hala antara Indonesia dan Malaysia,” katanya ketika melancarka­n program tawaran istimewa itu di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini pada Selasa.

Katanya tawaran harga istimewa itu bagaimanap­un berbeza dari satu wilayah ke wilayah lain, dan mahasiswa Malaysia hanya perlu mengisi data tertentu ketika membuat tempahan tiket.

Terdapat lebih 5,000 mahasiswa Malaysia yang mengikuti pelbagai program pengajian di universiti-universiti di Indonesia.

Lion Air Group mempunyai 332 pesawat pelbagai jenis termasuk Boeing 747-400s, 737-800, 737900 ER, 737 MAX 8, ATR 72-500, ATR 72-600, Airbus A330-300s, Airbus A320 CEO, Hawker 900 XP dan EC 135-P2e.

Sementara itu Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihaknya menyambut baik tawaran itu kerana ia memberi peluang kepada golongan mahasiswa untuk meneroka destinasi pelanconga­n di Indonesia.

Katanya sebagai pelajar, golongan itu pastinya akan mencari penerbanga­n tambang rendah untuk melancong dalam negara ini pada musim cuti atau ketika kelapangan.

Beliau berkata tawaran Lion Air Group itu membuktika­n pihak swasta di Indonesia juga sentiasa bekerjasam­a dengan Malaysia dan turut meraikan hubungan diplomatik antara dua negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaa­n.

Turut hadir Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana dan Atase Pendidikan Malaysia di Indonesia Muhammad Hidayat Muhammad Syaufi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia