Utusan Borneo (Sabah)

Capai rekod minggu paling lama di carta nombor satu AS

-

LAGU tarian Latin yang rancak dan menarik ‘Despacito’, yang dinyanyika­n oleh Luis Fonsi, pada Isnin lepas mengikat rekod bagi minggu paling lama di tempat nombor satu bagi carta lagu single yang menjadi penanda aras di Amerika Syarikat (AS).

Lagu itu, dalam versi ‘remixed’ yang memaparkan selebriti pop Justin Bieber, menghabisk­an minggu ke-16 di tempat teratas carta Billboard Hot 100 dalam masa tujuh hari sehingga Khamis, kata khidmat penjejakan Nielsen Music.

Lagu itu mengikat ‘One Sweet Day’ oleh Mariah Carey dan Boyz II Men, yang menguasai tempat teratas carta selama 16 minggu pada in 1995 dan 1996.

Pencapaian ‘Despacito’ lebih luar biasa lagi kerana lagu bukan Inggeris jarang sekali mendominas­i pasaran AS. Lagu bahasa Sepanyol terakhir yang menduduki nombor satu adalah ‘Macarena’ pada 1996.

Versi asal ‘Despacito’ yang memaparkan penyanyi rap dari Puerto Rico, Daddy Yankee, tetapi bukan Bieber sudah pun memecah rekod bagi tontonan paling banyak sepanjang masa dalam YouTube, di mana video itu ditontoni lebih 3.4 bilion lali sejak penampilan sulungnya pada Januari lepas.

Fonsi, seorang penyanyi pop veteran di Puerto Rico, mencipta hit sensasi itu dengan beralih kepada bunyi reggaeton, muzik tarian yang dari segi sejarah dikaitkan dengan masyarakat yang tersisih di pulau tersebut, dengan lirik yang penuh usikan seksual.

‘Despacito’ telah melahirkan beberapa cover dan parodi di seluruh dunia. Tetapi ia turut diharamkan di negara majoriti Muslim, Malaysia, yang menganggap lagu itu terlalu seksual.

‘Despacito’ tidak mungkin akan memecah rekod itu secara langsung bagi kebanyakan minggu di tempat nombor satu.

Superstar pop Taylor Swift pada Jumaat lepas mengeluark­an ‘Look What You Made Me Do’, lagu pertama dari albumnya yang bakal diterbitka­n.

Lagu itu distrim lebih lapan juta kali pada hari pertama dalam Spotify, memecah rekod dalam laman striming – yang Swift pulaukan sehingga baru-baru ini kerana membantah pampasan yang ia berikan kepada artis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia