Utusan Borneo (Sabah)

Kepantasan bomba selamat harta benda

Tiga daripada tujuh bilik sewa di tingkat satu musnah

-

KUCHING: Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamat­kan sebuah blok bangunan kedai di Jalan Green Hill, di sini daripada musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran sekitar petang Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.09 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching tiba di tempat kejadian pada jam 3.14 petang.

“Setiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan bilik sewa di tingkat satu bangunan kedai itu.

“Terdapat tujuh bilik sewa kesemuanya, namun hanya tiga sahaja yang terbakar selepas api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba yang bertindak membuat pemadaman secara ‘offensive’ iaitu masuk ke dalam bangunan dan ‘deffensive’ iaitu pemadaman dari bahagian luar.

“Kerja-kerja pengudaraa­n di tempat kejadian untuk mengeluark­an asap yang terperangk­ap juga dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Operasi memadamkan kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 4.34 petang dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Turut hadir di lokasi kejadian adalah anggota dari BBP Batu Lintang dengan kekuatan anggota seramai 11 orang termasuk anggota dari Unit EMRS.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Pihak

kami menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.09 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching tiba di tempat kejadian pada jam 3.14 petang. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

 ??  ?? KELIHATAN anggota bomba sedang melakukan pemadaman dari luar bangunan untuk memastikan api tidak merebak.
KELIHATAN anggota bomba sedang melakukan pemadaman dari luar bangunan untuk memastikan api tidak merebak.
 ??  ?? ASAP tebal dari dalam bilik sewa yang terbakar.
ASAP tebal dari dalam bilik sewa yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia