Utusan Borneo (Sabah)

‘Negaraku Sehati Sejiwa’

Lebih 15, 000 sertai sambutan Hari Kebangsaan 2017

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Setiap tahunacara­perbarisan­antara acara yang dinanti-nantikan oleh ribuan pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan.

Begitu juga pada kali ini yang mana, acara perbarisan tahun ini memperliha­tkan penyertaan 203 kontinjen berbanding 175 kontinjen pada 2016.

Acara sambutan Hari Kebangsaan bertemakan

‘Negaraku Sehati Sejiwa’ ini yang berlangsun­g Dataran Bandaraya yang menjadi pentas utama sambutan kali ini berjaya menarik lebih 15, 000 orang awam termasuk peserta perbarisan untuk sama-sama memeriahka­n sambutan berkenaan.

Acara bersejarah berkenaan dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir dalam acara sambutan itu adalah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Raymond Tan serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah Datuk Hajiji Mohd Nor.

Sambutan itu turut diserikan dengan acara persembaha­n koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), persembaha­n puisi khas, persembaha­n khas Lembaga Kebudayaan Sabah, persembaha­n khas Pasukan Kawad Senyap KD Sri Tawau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penerbanga­n lintas hormat oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Bagi acara perbarisan pula, Jabatan Kerja Raya muncul juara untuk kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna.

Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi pula dimenangi oleh Jabatan Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan/Persatuan pula dimenangi oleh Persatuan Pandu Puteri cawangan Sabah, Persatuan Kawalan Keselamata­n Malaysia (naib

johan) dan Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia (Sabah) untuk tempat ketiga.

Kategori Swasta/Komersil dimenangi oleh TamanTaman Sabah, tempat kedua milik Sabah Electricit­y Sdn Bhd, dan Desa Group of Companies berada di tempat ketiga.

Untuk kategori Persatuan Etnik Sabah, Persatuan Bajau Samah Sabah muncul juara manakala Persatuan Komulakan Lotud Sabah ditempat kedua dan Persatuan Kebajikan Bajau-Suluk Sabah memenangi tempat ketiga.

Kategori IPTA/IPTS pula dimenangi oleh Askar Wataniah Politeknik Kota Kinabalu, Komander Kesatria UiTM Sabah (tempat kedua) dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu (tempat ketiga).

Bagi Sekolah Menengah pula Pusat Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan muncul juara dan berada di tempat kedua adalah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Darat SMK Bandaraya dan PKBM Darat SMK Badin Tuaran.

Kategori Sekolah Rendah pula dimenangi oleh Sekolah Rendah (SK) Sri Gaya, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart Kota Kinabalu (tempat kedua) dan SK ST Francis Convent (tempat ketiga).

 ??  ?? PASUKAN sorak yang turut memeriahka­n acara sambutan Hari Kebangsaan 2017.-Gambar oleh JaPen Sabah
PASUKAN sorak yang turut memeriahka­n acara sambutan Hari Kebangsaan 2017.-Gambar oleh JaPen Sabah
 ??  ??
 ??  ?? SALAH sebuah pasukan Etnik Sabah yang menyertai perbarisan. -Gambar oleh JaPen Sabah
SALAH sebuah pasukan Etnik Sabah yang menyertai perbarisan. -Gambar oleh JaPen Sabah
 ??  ?? PERSATUAN Bajau Samah Sabah yang menjuarai kategori Persatuan Etnik Sabah. -Gambar oleh James Tseu
PERSATUAN Bajau Samah Sabah yang menjuarai kategori Persatuan Etnik Sabah. -Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? ANGGOTA Penguatkua­sa DBKK memenangi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi. - Gambar oleh James Tseu
ANGGOTA Penguatkua­sa DBKK memenangi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi. - Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? PASUKAN JKR yang memenangi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi. -Gambar oleh James Tseu
PASUKAN JKR yang memenangi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi. -Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? PELAJAR sekolah yang menyertai pasukan sorak sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017. -Gambar oleh JaPen Sabah
PELAJAR sekolah yang menyertai pasukan sorak sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017. -Gambar oleh JaPen Sabah
 ??  ?? PASUKAN Taman-Taman Sabah yang memenangi Kategori Swasta/Komersil. -Gambar oleh James Tseu
PASUKAN Taman-Taman Sabah yang memenangi Kategori Swasta/Komersil. -Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? (Gambar atas) JUHAR menerima tabik hormat daripada Angkatan Tentera Malaysia.- Gambar oleh JaPen Sabah (Gambar kiri) JUHAR melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat. -Gambar oleh James Tseu
(Gambar atas) JUHAR menerima tabik hormat daripada Angkatan Tentera Malaysia.- Gambar oleh JaPen Sabah (Gambar kiri) JUHAR melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat. -Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? UNDUK Ngadau 2017 Kerinah Mah turut mewakili Kolej Sidma Kota Kinabalu dalam acara perbarisan.
UNDUK Ngadau 2017 Kerinah Mah turut mewakili Kolej Sidma Kota Kinabalu dalam acara perbarisan.
 ??  ?? PASUKAN Tentera Darat Diraja Malaysia yang menyertai perarakan kenderaan. -Gambar oleh JaPen Sabah
PASUKAN Tentera Darat Diraja Malaysia yang menyertai perarakan kenderaan. -Gambar oleh JaPen Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia