Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan ambang merdeka 2017 julung kali di Stadium Nasional

-

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, sambutan ambang merdeka berlangsun­g di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dan dibanjiri hampir 100 ribu warga Malaysia pelbagai kaum dan agama, dengan penuh semangat patriotik demi “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Sambutan ambang merdeka di stadium selepas acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) itu pastinya amat bemakna tatkala Malaysia muncul juara keseluruha­n KL2017, hadiah istimewa kepada sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Laungan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada detik 12 malam itu disambut cukup bersemanga­t oleh ribuan warga Malaysia, tanpa mengira warna kulit dan latar belakang; sama-sama berdiri menyambut laungan keramat itu.

Pertunjuka­n bunga api turut mewarnai sambutan penuh gilang gemilang.

Sambutan ambang merdeka bermula sejurus selesai majlis penutup KL2017, dengan artis tempatan mempersemb­ahkan 23 lagu-lagu popular pelbagai genre muzik sejak tahun 1960-an sehingga kini.

Antara lagu itu: Mentera Semerah Padi, Tudung Periuk, Mahligai Kayangan, Mulanya Di Sini, Lagenda, Gemuruh, Aku Negaraku dan Gemilang.

Penonton kemudianny­a ditayangka­n imej Bapa Kemerdekaa­n Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, diikuti suara latar tiga kanak-kanak berbangsa Melayu, Cina dan India yang memetik kata-kata keramat Perdana Menteri Malaysia pertama itu.

Petikan itu berbunyi: “Kita semua adalah rakyat Malaysia. Ini ikatan yang menyatukan kita. Ingatlah bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai satu bangsa dan sebuah negara.

“Sesiapa yang cintakan negara ini dan ingin menjadikan­nya sebagai tempat tinggal perlulah memberikan taat setia penuh dan mutlak.

“Setiap orang ada tempat di Malaysia”.

Turut hadir timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku Pengerusi Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola Malaysia KL2017 (MASOC), menteri-menteri kabinet serta para atlet cemerlang Malaysia yang mencatatka­n kejayaan merangkul 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada KL2017. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia