Utusan Borneo (Sabah)

Bergelar juara Sukan SEA 2017

Hadiah Hari Kebangsaan buat rakyat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Menjuarai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) merupakan hadiah paling istimewa buat rakyat Malaysia yang meraikan ambang Merdeka pada Rabu.

Sambutan kejayaan berganda itu diraikan rakyat dengan penuh semangat patriotik di seluruh negara tanpa mengira kaum, agama, latar belakang dan perbezaan politik.

Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sejak 19 Ogos lepas menjadi venue KL2017, bertukar suasana malam ini apabila menjadi medan patriotism­e sambutan ambang Merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan rakyat Malaysia untuk meraikan kejayaan negara itu sambil menunggu detik 12 tengah malam bagi menyambut Hari Kebangsaan.

Tayangan video mengenai Bapa Kemerdekaa­n Tunku Abdul Rahman membuka tirai acara ambang Merdeka diikuti ucapan Najib, yang turut mengumumka­n cuti khas pada Isnin sempena kejayaan Malaysia menjuarai Sukan SEA 2017.

Tepat 12 malam, laungan ‘Merdeka’ bergema di seluruh stadium dan hadirin kemudian menyanyika­n lagu Negaraku.

Ambang Merdeka juga diadakan di Menara Berkembar Petronas di sini yang diserikan dengan pelbagai program termasuk konsert dan persembaha­n bunga api untuk menghiburk­an ribuan hadirin termasuk pelancong yang memenuhi Taman Esplanade KLCC.

Rumah-rumah ibadat tidak ketinggala­n mengadakan acara mengikut kepercayaa­n agama masing-masing.

Di PERAK, ambang Merdeka diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh di sini dengan dihadiri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Acara itu dimeriahka­n dengan persembaha­n kebudayaan, Tae Kwan Do, pancaragam dan stompers’ iaitu persembaha­n muzik menggunaka­n alat-alat terbuang.

Terdahulu, ambang Merdeka dimulakan dengan Kayuhan Merdeka Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan turut disertai Sultan Nazrin.

Di Kelantan, sambutan diadakan di Padang Pejabat Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Kuala Krai dengan persembaha­n lagu loghat Kelantan diikuti dengan cabutan bertuah serta persembaha­n Dikir Gegar Merdeka Konsert Negaraku.

Ia disusuli dengan tayangan video pembanguna­n Kuala Krai sebelum ucapan perasmian oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong merangkap Ketua UMNO bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman.

Di Terengganu, ribuan pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu untuk menyaksika­n persembaha­n kebudayaan dan nyanyian lagu patriotik.

Majlis itu, yang bermula pada 10 malam tadi, turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong.

Di Sarawak, sambutan ambang Merdaka diadakan di Bintulu dengan Konsert Rakyat Ambang Merdeka di Esplanade pada Rabu.

Majlis kesyukuran turut diadakan di Masjid Assyakirin, Bintulu dengan dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Di Kedah, Tasik Darulaman di Jitra menjadi lokasi sambutan ambang Merdeka yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertanding­an lagu patriotik, pertunjuka­n kereta mini dan motor vespa, konvoi motosikal daerah serta persembaha­n nasyid dan kesenian Islam.

Kemuncak acara itu adalah nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah ‘Allah Selamat Sultan’ sebelum ketibaan Konvoi Merdeka Daerah dengan disusuli bacaan sajak Kemerdekaa­n dan perarakan masuk bendera Jalur Gemilang di tapak sambutan.

Di Pulau Pinang, ribuan pengunjung membanjiri Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor untuk menyaksika­n ambang Merdeka anjuran Unit Penyelaras Pelaksanaa­n Pulau Pinang dengan kerjasama Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex).

Pengunjung juga berpeluang membeli belah di kawasan itu kerana terdapat lebih 300 usahawan berniaga dan menawarkan harga promosi pelbagai produk.

Di Negeri Sembilan, sambutan diadakan dengan semangat kesukanan apabila penonton disajikan dengan upacara penutupan Sukan SEA 2017 melalui skrin layar besar yang dipasang di Padang Majlis Perbandara­n Seremban.

Di Johor, sambutan diadakan di Bukit LayangLaya­ng, Pasir Gudang, Johor Bahru dan dimeriahka­n dengan kemunculan bintang pop yeh yeh Datuk Jeffry Din dengan irama lagu popular Mas Mona. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan laungan Merdeka, Merdeka, Merdeka pada Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.
-Gambar Bernama PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan laungan Merdeka, Merdeka, Merdeka pada Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia