Utusan Borneo (Sabah)

Nexus anjur Siri Golf

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) akan menganjurk­an Siri Golf Nexus 2017 di lapangan itu di Karambunai bermula pertengaha­n September.

Pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah berkata, siri kejohanan itu melibatkan tiga pusingan awal bermula 17 September diikuti Pertanding­an Grand Final pada 17 Disember. Kesemua pertanding­an bermula 7.30 pagi.

Pusingan Pertama melibatkan penyertaan kategori Terbuka, diikuti Pusingan Kedua untuk kategori Senior pada 22 Oktober dan Pusingan Ketiga untuk kategori Terbuka dan Senior pada 19 November.

“Kategori Terbuka hanya layak disertai oleh para pemain berusia 18 tahun keatas, manakala kategori Senior pula boleh disertai oleh para pemain yang berumur 55 tahun ke atas.

“Para pemenang untuk setiap pusingan akan layak menyertai Grand Final secara percuma,” jelas beliau ketika ditemui di ibu negeri pada Khamis.

“Pertanding­an ini yang menggunaka­n format `Sistem 36 Stableford’, menawarkan hadiah Pukulan Selubang (HiO) berupa wang tunai RM5,000 untuk setiap pusingan kelayakan dan wang tunai RM10,000 untuk Grand Final, yang disumbangk­an oleh Kurnia Insurans.

“Selain itu, hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbanga­n sumbangan MASwings, bag golf, baucer penginapan, baucer golf serta dua Kelayakan Terus (Wildcard) ke Grand Final juga menanti para pemenang,” tambah Steven sambil berterima kasih kepada semua penaja.

Para penaja pertanding­an itu termasuk Nexus Resort & Spa Karambunai, Hyatt Regency Kinabalu, Toro, Club Car, Agri Pacific Sdn Bhd, Ying Cheng Constructi­on dan Bukit Unggul Country Club.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i 012-8220896 (Montasir), 013-8530400 (Nylter) atau talian 088-411215.

 ??  ?? STEVEN
STEVEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia