Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Golf Jubli Emas ulang tahun KGKS ke 50 sukses

-

TAWAU: Bertempat di Shan Shui Golf Country Club, satu kejohanan golf sempena sambutan Jubli Emas Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) 2017 telah berjaya dianjurkan.

Sambutan yang dijalankan ini adalah untuk memperinga­ti ulang tahun penubuhan KGKS yang ke 50 tahun.

Kejohanan telah disertai seramai 25 orang ahli KGKS ini telah dirasmikan oleh Hajah Saliha Haji Tahir selaku Penyelaras Perhubunga­n Korporat Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Tawau.

Berucap dalam majlis perasmian tersebut beliau berkata, kejohanan ini dapat membangkit­kan konsep kesukarela­an dikalangan ahli KGKS, dimana kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli adalah secara sukarela tanpa mengira waktu, tenaga dan wang ringgit

Tambahnya lagi, kejohanan ini dapat memupuk semangat silahturra­him dan kekitaan dikalangan ahli KGKS daerah Tawau, memupuk semangat toleransi, perpaduan dan menghapusk­an perasaan prejudis.

“KGKS adalah satu organisasi yang senantiasa mengorak langkah inovatif agar menjadi terus relevan dan berusaha memenuhi keperluan dan tuntutan ahli dari pelbagai sudut disamping terus memperjuan­gkan isu-isu berkaitan keguruan dan pendidikan dalam negeri Sabah.” Katanya.

Kejohanan Golf ini telah mempertand­ingkan enam kategori perlawanan iaitu perlawanan Gross-KGKS, Nett-KGKS, Gross-Invitee, Nett-Invitee, Bullseye dan Novelities.

Roslan Adam antara peserta yang begitu menonjol pada pada kejohanan tersebut apabila menjuarai dua kategori yang dipertandi­ngkan.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang kejohanan ini turut dihadiri Pengerusi KGKS Negeri Sabah Hussin Basir, Awangku Tahir Pangiran Assim selaku Pengerusi KGKS Cawangan Tawau.

Turut hadir ialah Samson Suhaibul selaku Guru Besar SK Andrassy dan Datin Fatimah Makdirol Guru Besar SK Taman Tawau.

 ??  ?? SALIHA menyampaik­an hadiah kepada Roslan Adam juara Gross-KGKS.
SALIHA menyampaik­an hadiah kepada Roslan Adam juara Gross-KGKS.
 ??  ?? HUSSIN Basir menyampaik­an hadiah kepada Juara GrossInvit­ee.
HUSSIN Basir menyampaik­an hadiah kepada Juara GrossInvit­ee.
 ??  ?? SALIHA (lima dari kiri) bersama barisan AJK Tertinggi KGKS daerah Tawau.
SALIHA (lima dari kiri) bersama barisan AJK Tertinggi KGKS daerah Tawau.
 ??  ?? SALIHA menyampaik­an hadiah kepada juara Nett-KGKS.
SALIHA menyampaik­an hadiah kepada juara Nett-KGKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia