Utusan Borneo (Sabah)

Hamilton sasar rekod baharu, pendahulu kategori pemandu

-

MONZA, Itali: Lewis Hamilton (gambar

bawah) akan mensasarka­n satu rekod baharu untuk petak pertama paling banyak dan juga cuba memintas Sebastian Vettel sebagai pendahulu keseluruha­n kategori pemandu Formula Satu (F1) di Grand Prix Itali.

Ketika Vettel memburu kemenangan pertamanya di perlumbaan ‘tanahair’ pasukan Ferrari, pencabar terdekatny­a memburu kemenangan ketiga dalam tempoh empat tahun di Monza.

Hamilton sudah memenangi perlumbaan di Itali sebanyak tiga kali dan menduduki petak pertama pada tiga tahun terakhir, satu rekod yang meyakinkan beliau untuk mencapai satu lagi kemenangan penting.

Beliau akan cuba mencipta kemenangan keempat dan selepas menyamai rekod Michael Schumacher untuk petak pertama perlumbaan terbanyak (68) di Belgium, beliau akan memburu rekod baharu untuk kali ke-69.

Jika berjaya dan menang, beliau akan memadam jurang tujuh mata di belakang Vettel dan mendahului senarai pemandu buat kali pertama tahun ini.

Beliau ketika ini mencipta lima kemenangan berbanding empat oleh Vettel tetapi menyedari bahawa selepas kemenangan sukar di Belgium, beliau tidak mampu u n tuk mendabik dada lebih awal.

“Ferrari memiliki kereta yang lebih bagus dan kami harus melakukan apa yang kami boleh untuk terus berada di hadapan,” kata Hamilton.

Berikutan keputusan Vettel menandatan­gani kontrak baharu tiga tahun bersama Ferrari, Hamilton, yang kelihatan akan terus kekal di Mercedes tetapi pasukan menjelaska­n sebelum perlumbaan di sini di mana mereka mahu menangguhk­an rundingan lanjutan kontrak sehingga kejuaraan dunia diketahui.

Hamilton masih mempunyai baki kontrak setahun di Mercedes tetapi ada mencadangk­an beliau sudah bersedia untuk membuat komitmen jangka panjang bersama Mercedes.

Pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff ada berkata bahawa beliau mahu mengekalka­n Hamilton tetapi akan menunggu sehingga saingan kejuaraan dunia diketahui sebelum sebarang rundingan. “Perhubunga­n kami sangat baik dan saya fikir kami saling menghargai sesama kami,” kata Wolff. “Tetapi ini bukan topik yang mahu kami selesaikan sekarang, mungkin lebih sesuai pada akhir musim. Ia adalah tahun ketiga yang sukar dan kami harus memberikan sepenuh fokus dan selepas berakhir saingan, baharulah kami memulakan perbincang­an.” Pasukan juga dijangka akan mengekalka­n Valtteri Bottas, yang akan mempunyai peranan lebih besar pada perlumbaan hujung minggu ini ketika beliau memburu satu lagi tempat di atas podium. Bagi Vettel, ia adalah peluang penting untuk mengekalka­n rentak di hadapan penyokong sendiri apabila Ferrari akan meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan pasukan itu. “Monza tidak pernah perlumbaan yang penting bagi kami,” kata Vettel. “Tetapi saya fikir ia adalah perlumbaan yang hebat – kami mempunyai banyak sokongan dan suasana juga hebat. Saya tidak sabar dengan perlumbaan ini.” Vettel mencipta kemenangan sulung beliau dalam F1 bersama pasukan Toro Rosso di Monza pada 2008 dan menang sekali lagi bersama pasukan Red Bull pada 2011 dan 2013. Sejak berpindah ke Ferrari, beliau menaiki podium sebanyak dua kali tetapi belum lagi di podium teratas (pemenang). Pemandu semasa Red Bull, Daniel Ricciardo, selepas menduduki podium di Belgium, dan Max Verstappen, yang berdepan penalti kerana akan menukar enjin selepas masalah enjin menyebabka­n beliau menamatkan perlumbaan lebih awal, dijangka akan memberikan saingan yang kuat hujung minggu ini. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia