Utusan Borneo (Sabah)

Janjikan persaingan sengit, menarik Kejohanan Ping Pong Sabah 2017 bermula hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Ping Pong Sabah 2017 yang akan membuka tirai saingan hari ini lebih berprestij terutama dengan kehadiran semua pemain yang berada dalam kelompok teratas tahun lalu.

“Yang muncul juara tahun lalu pasti mahu mempertaha­nkan gelarannya manakala yang kalah mahu menebusnya kali ini.

“Ia menjadikan kejohanan kali ini lebih sengit dan berprestij tetapi menarik,” kata pengerusi penganjur, Edward Chua yang juga presiden Persatuan Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA).

Kejohanan yang akan berlangsun­g di Dewan Sri Putatan berkenaan mempertand­ingkan acara berpasukan, perseorang­an lelaki dan wanita terbuka, perseorang­gan lelaki veteran, perseorang­an lelaki dan wanita perpaduan serta lelaki dan perempuan bawah 10, 13, 15 dan 18 tahun.

Antara nama-nama yang akan menjadi tumpuan adalah penyandang gelaran juara perseorang­an lelaki, Chai Kiang Peng dari Sandakan dan juara perseorang­an wanita, Aidah Wong dari Kota Kinabalu.

Pencabar lain perseorang­an lelaki adalah bekas juara Sabah empat kali, Lam See Fung (Sandakan), bekas juara Sabah tiga kali, Chan Chee Yang (Keningau) dan bekas pemain kebangsaan, Ang Ting Yuen (Keningau) serta Alan Albert Au (Kota Kinabalu).

Pencabar lain perseorang­an wanita pula adalah naib juara tahun lalu, Lam See Vui (Sandakan) dan tiga pemain bersaudara dari Tawau, Qiao Wen, Qiao Xin dan Qiao Ni.

Pemain-pemain tersebut juga menjadi sandaran pasukan masing-masing dalam acara berpasukan.

Sandakan adalah juara bertahan kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan itu disertai 340 pemain dan 60 pegawai dari 11 pasukan iaitu Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu, Tawau, Beaufort, Kudat, Lahad Datu, Papar, Ranau, Tenom dan Tuaran.

Chua berkata, pertanding­an hari ini akan berlangsun­g selepas sahaja upacara perasmian disempurna­kan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru.

Upacara perasmian dijadualka­n bermula jam 8.00 pagi.

Malam ini, Persatuan Ping Pong Sabah (STTA) juga akan akan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dan seterusnya penyusunan semula Ahli Jawatankua­sa STTA bagi sesi 2017-2019.

Pertanding­an diteruskan bermula jam 8.00 pagi esok dan Ahad.

Upacara penutupan dan penyampaia­n hadiah dijangka disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang akan diadakan selepas sahaja pertanding­an selesai dijangka pada jam 11.00 pagi Ahad.

Yang muncul juara tahun lalu pasti mahu mempertaha­nkan gelarannya manakala yang kalah mahu menebusnya kali ini. Ia menjadikan kejohanan kali ini lebih sengit dan berprestij tetapi menarik. EDWARD CHUA Presiden KKTTA/Pengerusi penganjur

 ??  ?? CHAN
CHAN
 ??  ?? CHAI
CHAI
 ??  ?? ALAN
ALAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia