Utusan Borneo (Sabah)

Jerman mahu kekalkan rekod kemenangan

-

BERLIN, Jerman: Jerman bertandang ke Prague untuk menentang Republik Czech dengan harapan untuk mengekalka­n rekod bersih kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 hari ini.

Selepas menang kesemua enam perlawanan kelayakan dalam Kumpulan C kelayakan Zon Eropah setakat ini, kemenangan di Prague akan memastikan Jerman menghampir­i kelayakan ke Rusia 2018 sebelum melayani kunjungan Norway di Stuttgart pada hari Isnin, apabila mereka boleh mengesahka­n kelayakan berdasarka­n keputusan lain dalam kumpulan yang sama.

Pemain sayap, Serge Gnabry tidak akan dapat beraksi untuk kedua-dua perlawanan kerana kecederaan buku lali sementara pemain tengah, Sami Khedira, tidak menjalani latihan Rabu lepas kerana kesakitan di bahagian lutut.

Penyokong Jerman sememangny­a tidak mahu mengingati kekalahan teruk terakhir pasukan mereka dalam kempen kelayakan 10 tahun yang lepas di Prague, apabila skuad kendalian Joachim Loew tewas 0-3.

Bagaimanap­un, Czech tewas 0-3 apabila keduadua pasukan bertemu di Hamburg pada bulan Oktober tahun lepas dengan dua gol dijaringka­n Thomas Mueller.

“Kami mengenali pasukan Czech dari perlawanan pertama, mereka suka bermula dengan rentak yang pantas tetapi kami menanganin­ya dengan baik dan menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua,” kata pemain pertahanan Jerman, Jonas Hector.

“Kami memenangi semua perlawanan kelayakan kami setakat ini dan kami mahu mengekalka­n rekod itu.”

Saingan untuk satu tempat dalam skuad Jerman adalah sengit dengan Loew memanggil 17 pemain yang membantu Jerman memenangi Piala Konfederas­i pada bulan Julai lalu dan menamakan hanya tujuh pemain yang memenangi Piala Dunia 2014.

“Kami memperoleh­i apa yang kami mahukan dari Piala Konfederas­i, peluang untuk menambah pilihan pemain dan juga merehatkan beberapa pemain,” kata pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff.

“Ia adalah penting untuk memberikan pemain seperti Toni Kroos atau Sami Khedira lebih banyak rehat, mereka kekal bahagian asas dalam pasukan dan mereka akan kembali memberikan kami kekuatan tambahan.”

Thomas Mueller, Kroos, Mats Hummels, Mesut Ozil dan Khedira, jika beliau cergas, dijangka akan kembali dalam kesebelasa­n utama selepas tidak beraksi di Piala Konfederas­i. – AFP

 ?? - Gambar AFP ?? PEMAIN pertahanan Jerman Mats Hummels (tengah), bersama-sama rakan sepasukan memanasaka­n badan ketika sesi latihan pasukan di Stuttgart menjelang perlawanan bertemu Republik Czech, hari ini.
- Gambar AFP PEMAIN pertahanan Jerman Mats Hummels (tengah), bersama-sama rakan sepasukan memanasaka­n badan ketika sesi latihan pasukan di Stuttgart menjelang perlawanan bertemu Republik Czech, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia