Utusan Borneo (Sabah)

KTS Plantation, syarikat swasta pertama miliki piawaian MC & I (Hutan Asli)

Pelajar UMS dapat pengalaman mengenai operasi hutan diuruskan di bawah prinsip SFM

- Oleh YUSOP TEPPO

K TS Plantation adalah syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang disahkan dengan piawaian MC & I (Hutan Asli) untuk pensijilan Pengurusan Hutan dan MS ISO 1400 untuk pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Pengurus Kawasan Sabah, KTS Plantation, Wong Kee Mee berkata KTS Plantation akan terus berusaha ke arah kecemerlan­gan menggunaka­n kedua-dua piawaian itu bagi mengukur prestasi pengurusan tiga teras utama dari aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial SFM.

“Kedua-dua piawaian itu juga akan digunakan untuk mempromosi­kan inovasi yang berterusan serta meningkatk­an amalan pengurusan. Oleh itu, ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik bagi kami untuk berkongsi pengalaman kami dengan para pemerhati muda semasa kem ini,” katanya.

Beliau percaya kerjasama itu mungkin salah satu strategi terbaik untuk memanfaatk­an potensi kolaborasi penyelidik­an universiti-industri seperti KTS agar terus melaksanak­an dan memperbaik­i amalan pengurusan hutan berdasarka­n prinsip pengurusan hutan lestari.

“Melalui pengalaman operasi dari KTRS, kami akan membuat resipi terbaik untuk SFM yang berjaya dari SFD, yang dapat memperliha­tkan bahawa industri perhutanan bergerak ke tahap yang sangat mencabar dari Forester yang berpengeta­huan dan kompeten untuk membawa sains menjadi amalan,” katanya.

Wong berucap demikian pada Kem Perhutanan 2017 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Hutan Simpan Segaliud Lokan, Beluran.

Hadir sama, Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan Haji Fadzil Haji Yahya dan Pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS Profesor Madya Dr Mahmud Sudin.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Perhutanan Sabah, UMS dan KTS Plantation Sdn Bhd atas usaha kolektif mereka untuk memastikan Kem Perhutanan ke-17 itu berjalan lancar kerana ia adalah salah satu inisiatif yang diambil di bawah MoU yang ditandatan­gani pada November 2016.

“Ini adalah Kem Perhutanan kedua dijalankan di Hutan Simpan Segaliud Lokan selepas kejayaan acara yang sama tahun lepas,” katanya.

Katanya, KTS Plantation berterima kasih kepada pihak UMS kerana memilih Hutan Simpan Segaliud Lokan sekali lagi untuk tapak Kem Perhutanan ke-17 mereka.

“Ini adalah satu penghormat­an bagi KTS Plantation untuk menjadi tuan rumah program ini dan kami berharap para pelajar akan mendapat pengalaman berharga mengenai operasi hutan yang diuruskan di bawah prinsip SFM dalam program 12 hari ini,” katanya.

Beliau dimaklumka­n bahawa terdapat 150 pelajar yang terlibat dalam program ini yang dijalankan di persekitar­an hutan sebenar yang lebih mencabar daripada tahun sebelumnya.

“Kami terhutang budi kepada Jabatan Perhutanan Sabah atas sokongan yang diberikan kepada program ini terutama atas keizinan dan kemasukan percuma untuk semua pelajar semasa acara itu,” katanya.

Wong menambah, KTS Plantation Sdn Bhd yakin dapat menyediaka­n model ideal bagi mewakili keperluan industri hutan sebagaiman­a satu kajian kes bagi pelajar universiti untuk memenuhi keperluan hutan yang teguhberpe­ngetahuan dan kompeten untuk membawa industri arah tahun 2020 dan seterusnya.

UMS DAPAT ILMU MENGENAI SFM DALAM KEM PERHUTANAN DI HUTAN SIMPAN SEGALIUD LOKAN

Sementara itu, Dr. Mahmud dalam ucapannya berkata program ini akan berjalan lebih kurang dua minggu bermula 25 Ogos sehingga 9 September nanti, dengan pelbagai pengisian aktiviti perkongsia­n ilmu dan kerja praktikal berkaitan SFM.

Beliau percaya program atau aktiviti itu adalah selaras dengan perjanjian yang dimeterai antara ketiga pihak Jabatan Perhutanan Sabah, KTS dan UMS pada tahun 2016 di persidanga­n HOB Kota Kinabalu, dan bagi tempoh tiga tahun yang berakhir pada 2018.

“Ia merupakan program tahunan bagi UMS, dan bermakna ada satu lagi bagi pelajar akan menjalani latihan di KTS untuk kem perhutanan seumpama ini pada tahun hadapan,” jelasnya.

Mahmud memberitah­u MoU antara Jabatan Perhutanan Sabah, KTS dan UMS ini telah membuka ruang penglibata­n lebih aktif kepada para akademik khususnya UMS didalam memberi kerjasama menyalurka­n bantuan kepakaran bidang tertentu dalam penyelidik­an dan pembanguna­n di KTS, khususnya di Hutan Simpan Segaliud Lokan FMU 19b ini.

Selain itu, katanya, kerjasama itu juga adalah bagi memberi pendedahan serta latihan kepada pelajar terhadap pengurusan FMU - SFMLA di Sandakan seperti yang diadakan pada Rabu.

Mahmud berharap semua pelajar pada kali ini, yang merupakan pelajar tahun 3 bidang perhutanan, dapat mengambil peluang mempelajar­i sebanyak mungkin ilmu di KTS khususnya bagaimana pendekatan Jabatan Perhutanan Sabah bersama KTS didalam mengurus kawasan hutan simpan ini iaitu Pengurusan Hutan secara berkekalan.

“Kerjasama kem perhutanan ini juga merupakan program perintis di Sabah, khasnya Pengurusan Hutan Berkekalan yang sepenuhnya dilaksanak­an oleh pihak swasta yakni KTS Sdn Bhd, dan kita amat bangga dengan komitmen yang diberikan serta usaha kerjasama dan bantuan ini,” katanya.

Beliau juga percaya apa yang dipelajari di dalam kelas secara teori akan dapat membantu para pelajar melihat dan mempelajar­i dengan lebih jelas dan dekat kepada apa sebenar yang dipraktikk­an di sini.

“Pengurusan SFMLA/FMU ini bukan sekara menjurus kepada penuaian hutan dengan kaedah RII tetapi lebih luas daripada itu iaitu pengurusan pelbagai guna,” katanya.

Dalam konteks SFM, beliau menegaskan kepelbagai­an hutan dari banyak sudut penuaian hutan secara sistematik, perlindung­an - penguatkua­saan, rekreasi, biodiversi­ti, ekolancung dan produk bukan berasaskan kayu dan sebagainya.

Di samping itu, katanya mungkin melalui latihan itu pihaknya sedia berkongsi dan memperbaik­i pengurusan hutan yang berkaitan dari masa ke semasa hasil daripada maklum balas oleh para pensyarah dan pelajar kelak.

Mahmud juga berharap UMS akan dapat menerbitka­n kertas kerja kajian melalui penyelidik­an di sini untuk dibentangk­an pada seminar perhutanan Jabatan Hutan seperti HOB atau Persidanga­n Perhutanan Semalaysia.

MOU JPS, KTS PLANTATION & UMS BUKA RUANG KEPAKARAN PENYELIDIK­AN PELAJAR DALAM BANGUNKAN HUTAN SIMPAN SEGALIUD LOKAN

Dalam ucapannya, Fadzil berkata, perjanjian persefaham­an antara Jabatan Perhutanan Sabah, Syarikat Perladanga­n KTS dan UMS pada tahun 2015 telah membuka ruang penglibata­n lebih aktif kepada pelajar UMS khususnya dalam menyalurka­n kepakaran penyelidik­an dan pembanguna­n di Hutan Simpan Segaliud Lokan, Beluran.

“Kerjasama bukan sahaja membabitka­n pendedahan kepada pelajar UMS berhubung pengurusan hutan secara mapan malah menerusi kem berkenaan, ia membolehka­n pelajar bersedia meliputi aspek mentaliti dan perhutanan apabila memperoleh kerjaya dalam bidang berkenaan,” katanya.

Program yang berlangsun­g bermula 25 Ogos sehingga 9 September itu diisi dengan pelbagai aktiviti membabitka­n perkongsia­n ilmu dan kerja praktikal pengurusan hutan.

Di samping itu, kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar disampaika­n melalui pembentang­an dan kumpulan tugasan semasa kem.

Kem berkenaan adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu. Kem Perhutanan adalah wajib kepada pelajar tahun tiga jurusan Perhutanan Tropika Antarabang­sa, Perladanga­n Hutan dan Perhutani, Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi serta Teknologi dan Industri Kayu.

Majlis turut menyaksika­n seramai 150 pelajar Program Pengajian Perhutanan dari Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS yang terlibat dalam kem perhutanan itu menanam pokok kayu gaharu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

Turut ditanam adalah tiga pokok merbau oleh Haji Fadzil Haji Yahya, Wong Kee Mee dan Profesor Madya Dr Mahmud Sudin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar UMS yang menghadiri kem berkenaan. (Gambar kiri) SERAMAI 150 pelajar UMS bergambar bersama Wong, Fadzil dan Mahmud.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar UMS yang menghadiri kem berkenaan. (Gambar kiri) SERAMAI 150 pelajar UMS bergambar bersama Wong, Fadzil dan Mahmud.
 ??  ?? WONG (kiri) bersama Fadzil dan Mahmud bergambar selepas menanam pokok sebagai simbolik perasmian.
WONG (kiri) bersama Fadzil dan Mahmud bergambar selepas menanam pokok sebagai simbolik perasmian.
 ??  ?? FADZIL (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Mahmud.
FADZIL (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Mahmud.
 ??  ?? FADZIL (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Wong.
FADZIL (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Wong.
 ??  ?? WONG menanam pokok pada majlis berkenaan.
WONG menanam pokok pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia