Utusan Borneo (Sabah)

JKDM, LHDN audit syarikat bersama bagi bendung ketirisan hasil negara

Bagi membendung ketirisan hasil negara dengan lebih berkesan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan program audit secara bersama ke atas syarikat di negara ini bagi membendung ketirisan hasil negara dengan lebih berkesan.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, buat masa ini program tersebut disasarkan di sekitar Lembah Klang sebelum diperluask­an ke seluruh negara.

“Di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dinyatakan bahawa setiap pegawai akan diberi kad kuasa untuk melakukan audit sahaja dan tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran,” katanya kepada media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani SOP program audit di antara JKDN dan LHDN di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pengaudita­n secara bersama itu dapat mengelak lawatan berulang ke premis perniagaan pembayar cukai LHDN dan JKDM di mana dapat mengurangk­an kos audit.

“Melalui kerjasama strategi lautan biru ini juga mampu meningkatk­an keberkesan­an pengaudita­n melalui perkongsia­n maklumat antara kedua- dua agensi seperti syarikat yang mengelak untuk membayar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) atau mengisytih­ar cukai korporat kurang daripada sepatutnya... perkara ini boleh dikesan secara serentak oleh LHDN dan JKDM,” katanya.

Mohd Irwan Serigar berkata, bagi menjayakan program tersebut, Jawatankua­sa Induk Audit Bersama dan Jawatankua­sa Pelaksanaa­n Audit Bersama telah ditubuhkan.

“Jawatankua­sa yang dibentuk ini akan bekerjasam­a dalam pemilihan kes, penetapan skop audit, penyediaan prosedur tatacara audit bersama dan penyelaras­an tindakan pasukan audit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromania­m ketika mengulas mengenai penahanan dalang penipuan tuntutan semula GST bernilai hampir RM25.58 juta, berkata, beliau percaya ramai lagi melakukan aktiviti berkenaan.

“Kes tersebut melibatkan puluhan orang dengan cara mendaftark­an satu syarikat yang tidak melakukan apa-apa aktiviti perniagaan namun membuat tuntutan kredit cukai input.

“Jumlah sebenar yang kita telah bayar kerana penipuan ini belum dapat ditentukan,” katanya.

“Syarikat tersebut telah mendaftar GST pada April 2015, namun sistem kita telah menghentik­an bayaran balik kepadanya kerana mengesyaki ada risiko tetapi semasa hendak menangkapn­ya dalang tersebut telah pergi ke luar negara untuk beberapa bulan dan apabila pulang ke tanah air dan pergi membuat urusan di bank, kita telah menahannya di sana,” katanya.

Subromania­m percaya banyak lagi syarikat yang terlibat dengan aktiviti penipuan tersebut dan JKDM sedang menyiasat sama ada syarikat terbabit terlibat secara langsung atau telah ditipu oleh dalang tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHD Irwan menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an Standard Operating Procedure (SOP) antara Subromania­m dengan Sabin (kanan), di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MOHD Irwan menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an Standard Operating Procedure (SOP) antara Subromania­m dengan Sabin (kanan), di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia