Utusan Borneo (Sabah)

Kg Timpus johan Mutagunggu

Ulangi pencapaian cemerlang 2014, raih hadiah wang tunai RM2,500

- Oleh SALMAN ABADI

K AMPUNG Timpus Paitan mengulangi pencapaian cemerlang 2014 apabila ia sekali lagi muncul johan Pertanding­an Mutagunggu sempena Pesta Tagunggu Paitan (PTP) Kali Ke-11, 2017 yang berlangsun­g di Pentas Rakyat, Pejabat Daerah Kecil Paitan, Beluran baru-baru ini.

Pesta Tagunggu Paitan dianjurkan oleh Pejabat Parlimen P.183 Beluran dengan kerjasama Pejabat Dun N.39 Sugut, Pejabat Daerah Beluran dan juga Pejabat Daerah Kecil (PDK) Paitan selaku Urus Setia Pelaksana pesta tersebut.

Kg Timpus yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Paitan diketuai Kayun Tangkih merupakan johan pertanding­an itu pada tahun 2014, tetapi tidak menyertain­ya pada 2015, manakala pada tahun lalu, Pesta Tagunggu tidak dapat diadakan.

Naib johan dimenangi kumpulan tagunggu dari Kampung Sungai-sungai Sugut diketuai Doing Hashim, manakala tempat ketiga disandang kumpulan tagunggu Kampung Tanjung Nipis diketuai Ketua Kampung (KK) Alah Amail.

Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Mutagunggu sempena Pesta Tagunggu Paitan 2017 Awang Bangis Haji Tarawe berkata pertanding­an itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan penyertaan sebanyak 10 kumpulan/pasukan, berbanding hanya enam kumpulan pada tahun 2015.

Kumpulan lain yang mengambil bahagian ialah Kg Lakang, Kg Pinangkau, Pekan Baru Botition, Kg Rungus Baru, Kg Bawang, Kg Sukang Sugut dan Kg Kobambanga­n, Paitan.

Dengan kemenangan itu, Kg Timpus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, naib johan RM2,000 dan ketiga RM500, manakala tempat ke-4 hingga ke-10, masingmasi­ng menerima hadiah saguhati RM100.

Pertanding­an itu diadili empat orang juri berpengala­man yang terdiri daripada Cikgu Jinol Majin dari SK Kabuluh/ Kg Purubatu Paitan, Ketua Daerah Beluran OKK Rasid Dandulang, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Maumin Majin dan WKAN Joe Kiling.

Awang Bangis yang juga Ketua Daerah (OKK) bagi Daerah Kecil Paitan berkata, pertanding­an mutagunggu merupakan acara kemuncak sambutan pesta itu, selain acara pertanding­an mulagu (nyanyian solo) etnik Sungai dan juga ratu Pesta Tagunggu.

Katanya, ia antara lain bertujuan memperkena­lkan khazanah alat-alat muzik tradisi dan juga mengekalka­n seni muzik tradisi suku kaum Sungai di Beluran (Paitan) selaras dengan tema ‘Warisan Muzik Etnik’ yang turut diabadikan sebagai slogan dalam logo Pesta Tagunggu Paitan.

Mengulas tentang konsep pertanding­an itu, Awang Bangis menjelaska­n, setiap kumpulan yang menyertai pertanding­an mutagunggu terdiri daripada lapan hingga 10 orang yang terdiri daripada dua kumpulan kecil iaitu pemain muzik dan juga penari yang membentuk sebuah kumpulan

‘mutagunggu’ yang lengkap. Katanya, kumpulan pemuzik yang terdiri daripada tiga atau empat orang akan memainkan tiga jenis alat muzik tradisi iaitu gong (tiga buah), kulintanga­n dan juga gendang.

Beliau menjelaska­n, gong yang dipalu akan berfungsi sebagai ‘ridem’ (jika dalam kugiran), manakala kulintanga­n boleh diumpamaka­n sebagai gitar lead, sementara gendang pula sebagai gitar bes.

Tiga buah gong yang digunakan dalam mutagunggu boleh dimainkan sama ada oleh dua orang atau seorang pemalu gong.

Awang Bangis menambah, konsep utama persembaha­n mutagunggu ialah mesti ada pemuzik dan penari.

“Pemuzik menghasilk­an kombinasi bunyi dan irama muzik yang dinamakan ‘tuntung’ dan sekumpulan penari (biasanya enam orang) akan mempersemb­ahkan tarian mengikut rentak dan irama tuntung”, jelasnya.

“Kedua-duanya (pemuzik dan penari) perlu seiring, harmoni dan seragam atau tidak sumbang.

“Jika muziknya

‘tuntung mengalai’, maka gerak tarinya juga mesti mengalai, umpama lagu P.Ramlee - irama dan lagu tidak boleh dipisahkan”, katanya.

“Kebiasaann­ya penari terdiri daripada enam orang iaitu seorang lelaki dan lima wanita (1L5W), atau kombinasi dua lelaki dan empat wanita (2L4W)”, katanya kepada Utusan Borneo.

Katanya, gerak tari penari lelaki dinamakan sebagai ‘mengalai’, manakala penari wanita ialah ‘mangandak’.

Semasa persembaha­n tarian, penari wanita akan mengiringi atau mengikut lenggok tari penari lelaki mengikut irama dan rentak muzik yang dimainkan dan keserasian keduaduany­a (muzik dan tarian) akan menghasilk­an suatu persembaha­n yang cantik, harmoni dan menarik.

Para peserta atau ahli kumpulan mutagunggu bukan sahaja memperdeng­arkan irama dan alat muzik tradisiona­l, tetapi ahli kumpulan juga kelihatan sangat anggun, cantik dan menarik dengan memakai pakaian tradisi suku kaum, khasnya etnik Sungai.

Mengulas keseluruha­n persembaha­n peserta mutagunggu 2017, Awang Bangis mengakui kualiti atau mutu persembaha­n pada keseluruha­nnya memperliha­tkan peningkata­n yang ketara, khasnya kumpulan atau kampung yang sudah pernah mengikuti pertanding­an mutagunggu sebelum ini.

Bagaimanap­un, katanya, kumpulan yang baharu pertama kali menyertai pertanding­an unik itu pada tahun ini, ada yang kelihatan sedikit gugup, namun optimis persembaha­n mereka pasti meningkat dengan adanya pendedahan dan latihan berterusan.

Justeru, beliau yakin jumlah penyertaan dalam Pertanding­an Mutagunggu akan bertambah apabila Pesta Tagunggu Paitan memasuki edisi ke-12 tahun depan.

Majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an mutagunggu itu disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman.

Hampir 3,000 orang hadir menyaksika­n dan memeriahka­n pesta itu yang buat julung kalinya dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana pesta itu menjelaska­n, penganjura­n Pesta Tagunggu Paitan bermatlama­t untuk mengekalka­n keaslian alunan muzik tradisi tagunggu.

Selain itu, ia juga dapat menonjolka­n peralatan muzik tradisi serta mempromosi­kan budaya tradisi masyarakat kaum atau etnik Sungai di daerah Beluran, khasnya di kawasan Paitan dan Sugut.

Katanya, Pesta Tagunggu juga menggarisk­an beberapa objektif utama iaitu mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara masyarakat setempat dalam konteks perpaduan, di samping merapatkan lagi hubungan baik antara para pemimpin masyarakat daerah/setempat.

Dalam masa yang sama, katanya, pesta itu boleh mewujudkan perkongsia­n budaya antara pelbagai etnik khasnya di negeri Sabah dengan harapan Pesta Tagunggu Paitan dapat disenaraik­an sebagai acara tahunan dalam kalendar pelanconga­n di Sabah.

 ??  ?? LENGGOK tari penari wanita akan mengiringi penari lelaki mengikut ‘tuntung’ atau rentak dan irama muzik yang dihasilkan. PESERTA pertanding­an mutagunggu turut disertai golongan muda dan ‘orang lama’ sebagai proses mengekalka­n budaya tradisi suku kaum...
LENGGOK tari penari wanita akan mengiringi penari lelaki mengikut ‘tuntung’ atau rentak dan irama muzik yang dihasilkan. PESERTA pertanding­an mutagunggu turut disertai golongan muda dan ‘orang lama’ sebagai proses mengekalka­n budaya tradisi suku kaum...
 ??  ?? SUHAILI (kanan) menyampaik­an hadiah johan (RM2,500) kepada wakil kumpulan mutagunggu dari Kampung Timpus Paitan, Beluran sambil diiringi Awang Bangis Haji Tarawe (tengah).
SUHAILI (kanan) menyampaik­an hadiah johan (RM2,500) kepada wakil kumpulan mutagunggu dari Kampung Timpus Paitan, Beluran sambil diiringi Awang Bangis Haji Tarawe (tengah).
 ??  ?? JURI Pertanding­an Mutagunggu (dari kanan) OKK Rasid Dandulang, Jinol Majin, WKAN Maumin Majin dan WKAN Joe Kiling.
JURI Pertanding­an Mutagunggu (dari kanan) OKK Rasid Dandulang, Jinol Majin, WKAN Maumin Majin dan WKAN Joe Kiling.
 ??  ?? AWANG Bangis (tengah) mengiringi Suhaili (kanan) menyampaik­an hadiah ketiga kepada wakil Kampung Tanjung Nipis, Sugut/Paitan.
AWANG Bangis (tengah) mengiringi Suhaili (kanan) menyampaik­an hadiah ketiga kepada wakil Kampung Tanjung Nipis, Sugut/Paitan.
 ??  ?? WAKIL Kg. Sungai-sungai Sugut menerima hadiah naib johan disampaika­n Suhaili.
WAKIL Kg. Sungai-sungai Sugut menerima hadiah naib johan disampaika­n Suhaili.
 ??  ?? PENARI kumpulan Mutagunggu dari Kg. Timpus, Paitan.
PENARI kumpulan Mutagunggu dari Kg. Timpus, Paitan.
 ??  ?? PENARI mutagunggu memakai pakaian etnik suku kaum Sungai.
PENARI mutagunggu memakai pakaian etnik suku kaum Sungai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia