Utusan Borneo (Sabah)

‘Jauh perjalanan, luas pengalaman’

Barisan Pengawas SMK Kemabong adakan lawatan sambil belajar

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

MELAHIRKAN pelajar yang lengkap dengan ilmu, jati diri, ketrampila­n dan disiplin diri yang tinggi adalah merupakan hasrat bagi setiap institusi pendidikan di negara ini.

Selaras dengan perkembang­an dunia global yang semakin rancak, pelajar sentiasa dituntut dari pelbagai sudut agar melengkapk­an diri sebaik-baiknya dalam mengharung­i pelbagai arus pemodenan baik dari segi pendidikan, sosial dan sahsiah itu sendiri.

Dalam usaha membantu para ibubapa, guru-guru masa kini sentiasa merancang dan melaksanak­an pelbagai aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembang­an pelajar demi melahirkan modal insan yang berkualiti kepada masyarakat, agama, dan negara.

Atas objektif tersebut dan berpegang kepada pepatah ‘Jauh perjalanan, luas pengalaman’, maka Unit Lembaga Disiplin SMK Kemabong Tenom telah mengadakan lawatan sambil belajar kepada barisan pengawas sekolah bermula pada 26 hingga 28 Ogos lalu.

Selain menjadi aktiviti tahunan, program lawatan ini dirangka sebagai landasan terbaik untuk memberi pengalaman baru secara langsung khususnya pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar.

Selain itu, program ini juga menjadi medium perkongsia­n ilmu dan pengalaman antara guruguru sekaligus membuka minda pelajar sebagai inspirasi mereka meneroka masa depan dengan lebih baik.

Antara lokasi program lawatan ini ialah Perpustaka­an Negeri Sabah, Petrosains, UMS Marine Aquarium, Taman-taman Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang War Memorial, Rabbit Farm Kundasang, Poring Hot Spring Ranau dan diakhiri dengan kemuncak lawatan ‘hati ke hati’ di Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh, Tambunan.

Sepanjang lawatan itu, pelajar juga berkesempa­tan berkunjung ke pusat beli belah di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu.

Perjalanan rombongan bermula pada 26 Ogos menuju ke Kota Kinabalu. Sebagai mulakan perjalanan, satu sesi taklimat disiplin dan keselamata­n telah disampaika­n oleh ketua rombongan Octavianus Ansikit bersama Tony Madan.

Pada hari pertama program, para pelajar telah dibawa melawat ke Perpustaka­an Negeri Sabah, Petrosains, UMS Marine Aquarium dan 1 Borneo Hypermall.

Pada sebelah malam pula diadakan sesi refleksi yang dikendalik­an oleh Linda A/P Bah Meninyan dari Unit Bimbingan Kaunseling SMK Kemabong.

Hari kedua program, rombongan telah bertolak seawal 6.00 pagi ke Kundasang, Ranau.

Dalam perjalanan para peserta turut diberi kesempetan untuk singgah di Pekan Nabalu bagi melihat pemandanga­n Gunung Kinabalu dengan lebih dekat.

Rombongan juga melawat ke Taman-Taman Sabah, Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang War Memorial dan Rabbit Farm sebelum meneruskan perjalanan dan beriadah di Poring Hot Spring, Ranau.

Para peserta kelihatan begitu teruja dengan keindahan pemandanga­n sekitar kaki Gunung Kinabalu dan menghayati sejarah perjuangan di War Memorial Kundasang.

Di Ranau, rombongan telah menginap di Homestay Spring Cottage milik seorang penduduk tempatan di sini.

Aktiviti sebelah malam turut dikendalik­an oleh Unit Bimbingan Kaunseling bagi sesi refleksi aktiviti hari kedua program berkenaan.

Perjalanan dan aktiviti kemuncak program diteruskan pada hari ketiga iaitu dengan melawat ke Rumah KanakKanak Bondulu, Toboh, Tambunan.

Rumah yang menempatka­n seramai 63 anak-anak yatim di bawah seliaan Sister Doris telah menyambut rombongan lawatan ini. Di sini, sesi suai kenal telah dijalankan sekaligus diadakan perkongsia­n ‘hati ke hati’ antara peserta lawatan dan penghuni di sini.

Dalam lawatan itu, pihak SMK Kemabong, Tenom turut menyampaik­an pelbagai bentuk sumbangan berupa keperluan harian, kewangan dan pakaian harian kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh.

Kunjungan bermakna ini sempat dirakamkan bersama kanak-kanak yang diraikan sebelum rombongan berangkat pulang ke sekolah kira-kira pukul 3.00 petang.

Salah seorang guru pengiring, TH Chang berpendapa­t bahawa lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Bondulu antara lainnya bertujuan melahirkan sifat hormatmeng­hormati dan kasih sayang dalam institusi kekeluarga­an.

Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk berkenalan dengan rakan sebaya di sini sekaligus berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

“Pihak sekolah berharap agar lawatan ini memberi impak yang positif dan dijadikan inspirasi kepada pelajar untuk sentiasa mensyukuri apa yang mereka miliki di samping menanamkan semangat saling membantu sesama insan yang memerlukan tidak kira di mana jua berada.

Peserta juga diharapkan dapat meningkatk­an motivasi diri dalam mencapai kecemerlan­gan dalam akademik serta sahsiah yang baik,”katanya.

Seorang peserta, Elvy Elviana Ng dari Tingkatan 3 Intelek menyatakan bahawa lawatan kali ini telah membuka minda mereka khususnya dalam konteks kepimpinan, pengurusan diri, berdikari, semangat setiakawan dan peningkata­n disiplin kendiri.

Selain itu, program ini juga dapat meningkatk­an kesedaran pelajar akan kepentinga­n keluarga dan sikap bertanggun­gjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Malah mereka berharap agar program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

“Saya rasa amat teruja dalam penglibata­n program ini kerana ini merupakan kali pertama saya bagi menyertai program seumpama ini dan ia sangat membantu untuk kami dalam meningkatk­an kepimpinan, pengurusan diri, berdikari, semangat setiakawan dan peningkata­n disiplin kendiri,” katanya.

 ??  ?? ALBUM kenangan bersama kanakkanak yang diraikan di Tambunan.
ALBUM kenangan bersama kanakkanak yang diraikan di Tambunan.
 ??  ?? LAWATAN ke Desa Cattle Dairy Farm.
LAWATAN ke Desa Cattle Dairy Farm.
 ??  ?? SESI suai kenal bersama kanak-kanak di pusat seliaannya.
SESI suai kenal bersama kanak-kanak di pusat seliaannya.
 ??  ?? ANTARA pelajar yang mengambil bahagian dalam salah satu cabaran semasa berkunjung ke Petrosains.
ANTARA pelajar yang mengambil bahagian dalam salah satu cabaran semasa berkunjung ke Petrosains.
 ??  ?? ALBUM bersama guru ketika berada di Petrosains.
ALBUM bersama guru ketika berada di Petrosains.
 ??  ?? WAKIL pengetua Tony menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh.
WAKIL pengetua Tony menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh.
 ??  ?? LAWATAN ke Marine Aquarium UMS.
LAWATAN ke Marine Aquarium UMS.
 ??  ?? LAWATAN ke Taman-Taman Sabah.
LAWATAN ke Taman-Taman Sabah.
 ??  ?? LAWATAN ke War Memorial di Kundasang.
LAWATAN ke War Memorial di Kundasang.
 ??  ?? TH Chang memberi kata-kata semangat kepada kanakkanak yang diraikan.
TH Chang memberi kata-kata semangat kepada kanakkanak yang diraikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia