Utusan Borneo (Sabah)

Plat kereta ‘4’ cecah AS$2j

-

SYDNEY: Plat kereta hitam putih dengan satu digit “4” dijual di satu lelongan di Sydney dengan harga yang memecah rekod hampir AS$2.0 juta (RM9 juta), dilaporkan kepada seorang usahawan alat permainan seks dari Australia yang berbangsa Cina.

Jualan itu memecah anggaran prajualan setinggi AU$1.5 juta (RM4.95 juta), dengan tukul lelongan yang jatuh pada harga AU$2.45 juta, lebih dua kali ganda kos purata sebuah rumah di Sydney.

“Hanya sembilan plat nombor New South Wales (NSW) ini pernah dikeluarka­n, menjadikan­nya barang koleksi ultra dan tidak dapat ditukar ganti,” kata pengurus lelongan Shannons, Christophe Boribon.

“Peluang untuk mendapatka­n plet sedemikian amat luar biasa jarang, kerana kebanyakan plat digit tunggal kekal dalam tangan keluarga, biasanya diwarisi menerusi generasi dan jarang sekali memasuki pasaran terbuka.”

Gedung lelongan terbabit enggan mendedahka­n pembelinya, tetapi akhbar Sydney Morning Herald berkata, dia adalah bilionair Cina Australia Peter Tseng, yang menjadi kaya menerusi alat permainan seks.

Ia berkata, dia tiba di lelongan di Sydney petang Isnin lepas dengan kereta Ferrari merahnya yang memaparkan plat lesen No. 2.

Dia juga dilaporkan memiliki plat No. 1 yang didaftarka­n di Hong Kong dan sebuah plat nombor peribadi ‘ONE’ yang didaftarka­n untuk keretanya Mercedes 1969 di Sydney.

Boribon berkata, rekod lelongan sebelum ini di Australia adalah untuk plat NSW ‘2’, yang dijual dengan harga AUD689,000 (RM2.27 juta) pada 2003.

Menurut rekod, plet ‘4’ pertama kali menghiasi kereta Rolls-Royce Silver Ghost 1909, ketika itu dimiliki pengimport tayar Michelin, Noris Duval, di NSW pada awal zaman 1920an.

Lebih mutakhir ia dipaparkan pada sebuah lagi kereta Rolls-Royce, milik pengasas Aussie Home Loans, John Symond, yang kemudian menjualnya kepada seorang pengumpul di Sydney yang ada di kalangan orang ramai Isnin lepas.

Nombor ‘4’ antara tujuh plat warisan hitam putih NSW di lelongan itu, dengan ‘321’ dijual dengan harga AU$192,000 (RM633,600) manakala ‘1968’ mengaut AU$94,000 (RM310,200).

Menurut Herald, plat ‘1’ NSW dimiliki keluarga mendiang pengerusi pengasas Australian National Airways, Sir Frederick Stewart, yang sudah berada dalam keluarga itu sejak 1930-an.

Nombor empat dianggap tidak bertuah dalam budaya Cina kerana bunyinya mirip perkataan ‘mati’. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia