Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 20,000 melarikan diri dari Rakhine

-

Lebih 18,000 Muslim Rohingya, ramai yang sakit dan ada yang mempunyai luka peluru, lari dari keganasan terburuk dalam tempoh sekurang kurangnya lima tahun di barat laut Myanmar, manakala ribuan lagi terkandas di sempadan Bangladesh atau sedang berusaha untuk sampai ke sana.

Siri serangan selaras Jumaat lepas oleh pemberonta­k Rohingya ke atas pasukan keselamata­n di negeri Rakhine, utara Myanmar, dan pertelingk­ahan yang menyusul mencetuska­n pelarian Rohingya, manakala kerajaan memindahka­n ribuan penganut Buddha di Rakhine.

Sejak serangan itu, kira-kira 18,445 orang Rohingya, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, sudah mendaftar diri di Bangladesh, kata Organisasi Migrasi Antarabang­sa (IOM) semalam.

“Mereka berada dalam keadaan yang sangat, sangat mendesak,” kata Sanjukta Sahany, yang mengurus pejabat IOM di bandar selatan Cox’s Bazar dekat sempadan.

“Keperluan terbesar adalah makanan, khidmat kesihatan dan mereka memerlukan tempat pelindunga­n. Mereka memerlukan sekurang kurangnya tempat berteduh, bumbung di atas kepala mereka.”

Sahany berkata ramai merentasi sempadan dengan kecederaan peluru dan kecederaan kelecuran, dan pekerja bantuan melaporkan sebahagian pelarian kelihatan keliru ketika disoal.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), walaupun mengecam serangan militan, telah menekan Myanmar untuk melindungi nyawa awam tanpa diskrimina­si dan merayu kepada Bangladesh untuk menerima masuk mereka yang lari dari serangan balas oleh tentera.

Sekurang-kurangnya 109 orang sudah maut dalam pertelingk­ahan dengan pemberonta­k, kata Myanmar, kebanyakan­nya anggota militan tetapi juga anggota pasukan keselamata­n dan orang awam.

“Situasi sangat menakutkan, rumah terbakar, semua orang lari dari kediaman mereka, ibu bapa dan anak-anak dipisahkan, ada yang hilang, ada yang mati,” kata Abdullah, 25, Rohingya dari wilayah Buthidaung.

Abdullah berkata empat daripada enam kampung kecil di perkampung­annya Mee Chaung Zay telah dibakar oleh pasukan keselamata­n, yang memaksa semua pendudukny­a untuk lari ke Bangladesh.

Dia antara ribuan yang ketakutan meninggalk­an kampung untuk berkumpul di kaki banjaran Mayu.

Bersama isteri dan anak perempuann­ya yang berusia lima tahun, Abdullah membawa nasi pulut, cadar plastik botol air kosong, untuk bersiap sedia berjalan dalam hujan monsun selama berhari-hari pada laluan sejauh 20 km menerusi gunung ke sempadan.

Pegawai Myanmar berkata negara itu berhak untuk mempertaha­nkan diri dari serangan, dan menambah kakitangan keselamata­n diarahkan untuk melindungi orang awam yang tidak bersalah daripada kecederaan.

Letupan bom periuk api dan pertempura­n terus berlaku, kata kerajaan, yang menyalahka­n puak militan Rohingya kerana membakar rumah dan lari ke gunung selepas melakukan serangan.

Bangladesh sudah menerima lebih 400,000 pelarian Rohingya yang sudah lari dari Myanmar yang mempunyai majoriti penduduk beragama Buddha sejak awal 1990-an.

Dhakamemin­ta PBB menekan Myanmar berhubung layanannya terhadap masyarakat minoriti Muslim itu, dan berkata ia tidak dapat menerima pelarian lagi.

Sekurang-kurangnya 4,000 orang terkandas di kawasan berkecuali di antara kedua-dua negara, dengan pusat pelindunga­n sementara sepanjang beberapa ratus meter di genting sempit antara Sungai Naf dengan pagar sempadan Myanmar.

Kelmarin, pemberita melihat wanita, ada yang membawa kanak-kanak dan orang sakit, meranduk sungai, yang menyempit kepada kurang 10 meter di sana.

Ramai orang Rohingya yang cuba menyeberan­gi sungai adalah sakit dan sekurang-kurangnya enam meninggal dunia selepas berjaya sampai ke seberang, kata seorang pekerja bantuan, yang menambah ada yang enggan mendapatka­n bantuan kerana bimbang akan ditangkap dan dihantar pulang.

Shaheen Abdur Rahman, seorang doktor di sebuah hospital di Cox’s Bazar, berkata 15 orang yang dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas mempunyai luka tembakan, daripada lecet hingga kepada pendarahan dalam paru-paru. Empat kes serius dihantar ke Chittagong untuk menerima rawatan.

Kecederaan juga termasuk keretakan yang mungkin dialami ketika dibelasah atau terjatuh tanpa sengaja ketika melarikan diri, katanya.

Di Kuala Lumpur, ibu kota negara majoriti Muslim Malaysia, polis berkata mereka menangkap kira-kira 155 daripada kira-kira 1,200 penunjuk perasaan yang kebanyakan orang Rohingya yang membantah keganasan baharu. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PARA pelarian Rohingya yang baharu tiba berkumpul di belakang pagar kayu kem pelarian Kutupalong di Ukhiya setelah merentasi sempadan dari Myanmar, kelmarin.
— Gambar AFP PARA pelarian Rohingya yang baharu tiba berkumpul di belakang pagar kayu kem pelarian Kutupalong di Ukhiya setelah merentasi sempadan dari Myanmar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia