Utusan Borneo (Sabah)

Alhabjaya bangunkan WB Plaza Telipok

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pemaju Hartanah Alhabjaya Sdn Bhd giat membangunk­an sebuah hab komersial WB Plaza Telipok yang bakal merancakka­n lagi pembanguna­n di kawasan berkenaan.

Projek yang membabitka­n pembinaan 85 unit lot tiga tingkat terdiri dari 10 blok berkeluasa­n 6.87 ekar kini sedang dalam proses pembinaan.

Pengarah Urusan Wawasan Bumijasa Sdn Bhd William S.P Chan berkata, kesemua pembanguna­n yang menghala jalan lama Tuaran itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019.

“Pemilihan kawasan berhampira­n kawasan Telipok Ria yang berhadapan dengan KKIP dilihat stategik untuk kita bangunkan sebagai hab komersial yang berimpak tinggi dalam memajukan kawasan itu.

“Bahkan, lokasinya yang dekat dengan perumahan bagi penjawat kerajaan, sekolah, serta pelbagai kilang perindustr­ian sudah tentu merancakka­n pembanguna­n pelbagai urusan,” katanya pada pameran projek WB Plaza di tingkat bawah Pusat Beli Belah City Mall, di sini pada Khamis.

Pameran projek berkenaan diadakan bermula kelmarin dan akan berakhir pada 3 September ini.

Tambah William, pihaknya tidak berhasrat menjual satu unit sahaja tetapi kesemua unit dengan pemberian tiga ‘strata title’ kepada pembeli.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi agen pemasaran Prime Cities Reality di nombor talian 016-9804449 (Bestian) atau 016-8300083/088488229 (Chris).

 ??  ?? AGEN pemasaran merakam gambar kenangan pada pameran itu yang diadakan di tingkat bawah pusat beli belah Citymall.
AGEN pemasaran merakam gambar kenangan pada pameran itu yang diadakan di tingkat bawah pusat beli belah Citymall.
 ??  ?? REPLIKA projek WB Plaza Telipok yang bakal dibangunka­n.
REPLIKA projek WB Plaza Telipok yang bakal dibangunka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia